Saturday, June 3, 2017

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG 2017




Image result for borang balik kampung

Sempena Cuti Perayaan ini, disarankan kepada semua penduduk untuk mengisi borang maklumat balik kampung untuk dihantar ke balai polis Meru.

Sila Klik Disini untuk mendaftarkan maklumat anda.



TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis. 
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak
ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
      1.Pintu utama dan pintu belakang perlu
 diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang  ‘door viewer’ dan penyelak di  pintu  utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan  tingkaprumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga  dan mesra alam) y ang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.
Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus PDRM  yang beroperasi 24 jam:
1 Bukit Aman 03-20319999 / 03-22663333
2 Selangor 03-20529999
3 Pekan Meru 03-3392 2222

Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari

laman web PDRM di www.rmp.gov.my