PROGRAM PPTDP3

Wednesday, June 5, 2019

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019



Assalamualaikum wbt.

Segala pujian kepada Allah dan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW,keluarga dan keturunan baginda.

Didoakan kita semua berada dalam inayah dan pertolongan dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Alhamdulillah hari ini telah tiba Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M

Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M  dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3.

Sempena musim perayaan ini,pihak kami menyeru agar kita semua berhati-hatilah memandu di jalan raya,bekalkan diri dengan persiapan kesihatan yang mantap disamping mematuhi peraturan pemanduan agar kita semua selamat dan kembali semula ke Taman Desa Permai 3 seperti sebelum pulang.Kegopohan kita tidaklah memberi apa-apa makna dalam mengejar kesesakan di jalan raya.

Pihak kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTDP3 ini mungkin ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang pergaulan,percakapan dan urusan dalam menunaikan amanah dan tanggung jawab kemasyarakatan ini. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

Didoakan hubungan ukhwah antara kita semakin kukuh dan berkekalan.

Didoakan Allah SWT pelihara kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin 1440H/2019M

Maaf Zahir Dan Batin

“Taqabala Allah Minna Wa Minkum”

AJK PPTDP3 2019/2020

Tuesday, May 7, 2019

Kawalan RELA Klang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2019



Image result for keselamatan  cuti raya




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan Musim Cuti Aidilfitri semakin hampir pada awal jUN
dan Selalunya kes kes pecah rumah akan berlaku semasa atau sebelum percutian panjang, 
maka dengan itu AJK PPTDP3 telah sebulat suara untuk mengambil khidmat kawalan keselamatan sepanjang cuti perayaan ini.

Mungkin ada penduduk yg beraya disini,
tapi peratusannya tidaklah seramai yg akan bercuti disamping jumlah rumah di TDP3 semakin bertambah, Soal keselamatan adalah faktor utama dalam taman kita
dan pencegahan itu adalah sebagai satu usaha kearah keharmonian taman.

Objektif : Menyediakan kemudahan kawalan Anggota Kawalan RELA Klang untuk penduduk Taman Desa Permai 3 pada musim cuti perayaan Aidilfitri, dan menikmati cuti dengan lebih yakin apabila meninggalkan rumah untuk  pulang ke kampung atau keluar menziarahi saudara mara terdekat. 
1. Tempoh Kawalan : 
Dari Isnin 7 Malam, 3/6/2019     Hingga     Sabtu 7 Malam, 8/6/2019

2. Kekuatan Anggota : 
a. Jam 7 Pagi Hingga 7 Malam -  2 Orang Anggota RELA
b. Jam 7 Malam Hingga 7 Pagi -  3 Orang Anggota RELA

3. Checkpoint : Ada 3 Checkpoint disediakan dimasa, setiap SATU jam laporan perlu ditulis untuk setiap aktiviti di kawasan TDP3

4. Yuran Kutipan Setiap Rumah : RM20 setiap rumah untuk 6 hari Kawalan RELA ( hanya RM3.33 sehari untuk amal jariah kepada jiran jiran )


Sehubungan dengan itu tuan/puan dipohon kerjasama agar dapat
membuat bayaran perkhidmatan tersebut sebanyak RM 20.00 ( RM3.33 sahaja satu hari ) bagi setiap rumah.
Tuan/Puan juga dipohon agar menyerahkan bayaran tersebut kepada AJK PPTDP3
atau wakil blok masing-masing selewat-lewatnya Khamis 30 Jun 2019
atau terus ke akaun bank PPDTP3 RHB Bank No : 26229600009469

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini dapat mengurangkan kebimbangan
tentang keselamatan harta benda sepanjang kita bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jangan lupa juga untuk mengisi borang balik kampong melalui online, untuk dihantar ke Balai Polis Meru sebagai makluman awal kepada pihak berkuasa berkenaan keberadaan dirumah masing masing.

Borang Pendaftaran Online 
atau
https://www.malaysiatercinta.com/2018/02/cara-makluman-balik-kampung-pdrm.html

Akhir kata, Ahli Jawatankuasa PPTDP3 ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN  SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada tuan/puan sekeluarga.

Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3
#PPTDP3