Monday, April 3, 2023

Program Majlis Iftar Ukhwah Silaturahim 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 



InSyaAllah tahun ini  Persatuan Penduduk TDP3 akan mengadakan

Program Majlis Iftar Ukhwah Silaturahim 2023

Tarikh : Sabtu, 8hb April 2023

Lokasi : No 1, Jalan 9C/KU10

Masa : Mula Berkumpul Jam 6.30 untuk Doa Selamat dan Tahlil.

Agenda : Doa Selamat/Tahlil, Tazkirah Nuzul Quran, Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah.

Semua penduduk dijemput untuk hadir bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Jika ada kelapangan, boleh membawa potluck Juadah Makanan untuk dihidangkan kepada mereka yang berbuka puasa untuk lebih keberkatan dalam berpuasa.

Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T dan mendapat keberkatanNya.

Terima kasih.

PPTDP3

Sunday, April 2, 2023

MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN DAN KHAIRAT

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

πŸ”ŠπŸ”Š PERINGATAN MESRA πŸ”ŠπŸ”Š

Assalamualaikum wrt..

Semoga semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Makluman kepada semua ahli berdaftar PPTDP3.

Bulan ramadan adalah bulan terbaik untuk beramal jariah dan bersedekah dengan pahala yang berganda untuk setiap kebaikan.

Mohon mengambil perhatian kpd tuan/puan yang masih belum menjelaskan bayaran Yuran Ahli & Khairat bagi tahun lepas dan juga tahun ini supaya dapat menjelaskan dalam bulan yang mulia ini untuk lebih keberkatannya. Untuk yang sudah menjelaskan, ribuan terima kasih diucapkan.

Kadar bayaran bagi Tahun ini masih lagi kekal seperti berikut :-

1) Yuran Ahli RM5 sahaja sebulan ( atau  RM60 setahun )

2) Khairat Kematian = RM 40 

JUMLAH : RM 100 bagi setahun

Bagi yang tidak berkemampuan atau mengalami kekangan kewangan,

Diskaun 50% diberikan bayaran Yuran bagi Tahun 2020-2021 ( Yuran RM30 dan Khairat RM20 ).

Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.

Semua bayaran dan sumbangan boleh dibuat melalui Ketua Blok @ Bendahari Taman @ Pindahan Secara Elektronik kepada akaun berikut:-

RHB ISLAMIC BANK BHD A/C NO.:  26229600009469 

(PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3)

Sila hantar slip pembayaran beserta butiran Nama/No. Rumah kepada Bendahari Taman bagi tujuan kemaskini dan pengeluaran resit penerimaan. 

Sebarang pertanyaan mengenai bayaran boleh rujuk kepada Bendahari ditalian berikut :-

wasap.my/60193895882/YURANdanKHAIRAT/

Untuk senarai pembayaran terkini, boleh rujuk dari dari list berikut yang akan dikemaskini dari masa kesemasa melalui link yang akan diberikan oleh Ketua Blok atau Bendahari.

Segala kerjasama dan jasa baik semua ahli amat di hargai. Jazakallahu khairan jazak.

Sekian, terima kasih.

-BENDAHARI PPTDP3- 

Edited on 3/4/2023 9.00 AM


SCAN QR BERIKUT UNTUK PEMBAYARAN PANTAS.