Wednesday, June 5, 2019

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019



Assalamualaikum wbt.

Segala pujian kepada Allah dan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW,keluarga dan keturunan baginda.

Didoakan kita semua berada dalam inayah dan pertolongan dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Alhamdulillah hari ini telah tiba Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M

Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M  dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Desa Permai 3.

Sempena musim perayaan ini,pihak kami menyeru agar kita semua berhati-hatilah memandu di jalan raya,bekalkan diri dengan persiapan kesihatan yang mantap disamping mematuhi peraturan pemanduan agar kita semua selamat dan kembali semula ke Taman Desa Permai 3 seperti sebelum pulang.Kegopohan kita tidaklah memberi apa-apa makna dalam mengejar kesesakan di jalan raya.

Pihak kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTDP3 ini mungkin ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang pergaulan,percakapan dan urusan dalam menunaikan amanah dan tanggung jawab kemasyarakatan ini. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

Didoakan hubungan ukhwah antara kita semakin kukuh dan berkekalan.

Didoakan Allah SWT pelihara kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin 1440H/2019M

Maaf Zahir Dan Batin

“Taqabala Allah Minna Wa Minkum”

AJK PPTDP3 2019/2020