Thursday, December 22, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)



Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut: 
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol) 
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja) 

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)



Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)

Wednesday, November 2, 2011

Borang Keahlian Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru



Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.





TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT 


1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.



Sila Download Dokumen Berikut :
1. Untuk Maklumat Terperinci Syarat dan Sumbangan : Khairat Maklumat Terperinci


2. Untuk Borang Keahlian : Borang Keahlian Khairat

Borang yang telah diisi perlu dihantar ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK PPTDP3  yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR

Borang Keahlian Persatuan PPTDP3







Bagi menjadi ahli kepada Pertubuhan ini, maka kelayakan serta syarat keahlian adalah seperti berikut:-

a. Hendaklah warganegara Malaysia;
b. berumur lapan belas(18) tahun ke atas ;
c. terbuka kepada semua jantina;
d. terbuka kepada semua pegangan agama/kepercayaan
e. terbuka kepada semua kaum ;
f. tiada had ke atas pertalian kekeluargaan ;
g. bermastautin / menetap di Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor Sahaja;
h. tiada had bilangan ahli;
i. bermastautin / menetap di kawasan baru yang ditetapkan sebagai kawasan Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
j. Setiap ketua/wakil keluarga hanya perlu mendaftar satu keahlian yang mewakili isi rumah dan secara automatik ahli rumah tersebut yang berusia 18 tahun keatas layak menjadi ahli bersekutu. Ahli bersekutu layak untuk hadir dalam mesyuarat agung dan layak dilantik sebagai ahli jawatankuasa
k. Ahli bersekutu adalah pasangan ahli, anak kandung/anak tiri yang sah mengikut undang-undang dan dikecualikan membayar yuran tetapi berhak menerima kemudahan yang disediakan oleh persatuan.


Download Borang Keahlian Disini 


Dan hantarkan borang anda ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR


Perlembagaan Lengkap Persatuan Akan Diberikan Selepas Anda Mendaftar Sebagai Ahli.





Tuesday, November 1, 2011

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA PPTDP3







PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 (PPTDP3)
(REG.NO. 3275-11-SEL)
NO. 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10, 
TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG 53100 SELANGOR

EMEL : pptdp3@gmail.com         LAMAN WEB : http://www.pptdp3.blogspot.com


NO TEL : 019-3685864/012-6261620



MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 , MERU, KLANG, SELANGOR
(REG.NO.3275-11-SEL)
    

                            Tarikh                                 : 30 Oktober 2011
                            Masa                                   : 9.15 Pagi
                            Tempat                               : Kawasan Taman Permainan Taman Desa Permai 3
                                                                         41050 Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan
                            Jumlah Ahli Yang Hadir      : 36 Orang Ahli
                                  

1.     Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Tuan Pengerusi Penaja En. Abdul Basir B. Mohd Anuar mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli ke Mesyuarat Agung Kali Pertama.


2.     Pengesahan Minit Yang Lalu
Tiada minit mesyuarat yang lalu kerana ini merupakan Mesyuarat Agung Kali Pertama sejak penubuhan Persatuan.


3.     Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru

Mesyuarat telah bersetuju membuat pemilihan AJK seperti berikut:
         
Yang DiPertua                 : En. Abdul Basir B. Anuar
Tim. Yang DiPertua         : En. Halid B. Salim
Setiausaha                      : En. Hilmee B. Hussin
Naib Setiausaha              : En. Mohammed Haire B. Kahfi
Bendahari                        : En. Norazmi B. Muhammad Sani
Naib Bendahari                : En. Ahmad Munsif B. Muhamad Yusof
AJK biasa           :          
1.     En. Saiful Anuar B. Mohamad Dam
2.     En. Abdul Hady B. Yaakub
3.     En. Muhamad Saman B. Sabri
4.     En. Mohamad Tolha B. Subhi
5.     En. Helmi B. Abdul Hamid
6.     En. Ahmad Syukri B. Mohd Kassim
7.     En. Noor Azwan B. Mohd Dahlan
8.     En. Marhaban B. Paniran
                                   




Pemeriksa Kira-Kira:
1.     En. Ahmad Aminuddin B. Sarun
2.     En. Abdul Rahman B. Alias


4.     Perbincangan usul-usul
Tiada sebarang usul.

5.     Pindaan undang-undang ( Jika berkaitan)
Tiada sebarang pindaan undang-undang.


6.     Perkara-perkara berbangkit
Tiada sebarang perkara berbangkit perlu dibahaskan.


7.     Penangguhan
Mesyuarat  Agung ditangguhkan pada jam 11.15 Pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat.

Thursday, August 18, 2011

KUTIPAN BAYARAN KHIDMAT KAWALAN PIHAK RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI


           PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 (PPTDP3)
          (REG.NO. 3275-11-SEL)
          NO. 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10,
          TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG 53100 SELANGOR
         EMEL : pptdp3@gmail.com         LAMAN WEB : http://www.pptdp3.blogspot.com
         NO TEL : 016-2641615/012-6261620






Assalamualaikum,

Tuan,Puan

KUTIPAN BAYARAN KHIDMAT KAWALAN PIHAK RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI

Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan adalah dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa PPTDP3 telah bersetuju untuk menyediakan khidmat kawalan pihak RELA sempena cuti AidilFitri 2011.

Bagi makluman tuan/puan pihak RELA akan bermula berkawal pada jam 12.01 pagi hari Ahad 28 Ogos 2011 dan akan berakhir pada 7.00 pagi hari Ahad 4 September 2011  ( tempoh satu minggu).

Oleh demikian, pihak Jawatankuasa PPTDP3 mengenakan bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap rumah bagi bayaran elaun pihak Rela dan bayaran ini perlu diserahkan kepada ketua blok masing-masing selewat-lewatnya 25 Ogos 2011.

Semoga khidmat kawalan keselamatan pihak RELA akan dapat menjamin keselamatan kita bersama sepanjang tempoh berkenaan.

Sekian,

Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3

Monday, July 11, 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 'BERSIH' TAMAN DESA PERMAI 3, MERU 10 Julai 2011

GOTONG ROYONG PERDANA 'BERSIH' TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG pada 10 Julai 2011.

Terima kasih atas sokongan Pihak Majlis Perbandaran Klang, Alam Flora, ACSON Malaysia dan juga penduduk penduduk Taman Desa Permai 3 atas segala kerjasama yang diberikan. 























Wednesday, June 29, 2011

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN PPTDP3





















MINIT MESYUARAT PENUBUHAN 

 Tarikh               :  22 MEI 2011
Masa                : 10.00 Pagi
Tempat            : NO 1, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10, TAMAN DESA PERMAI 3
Kehadiran         : 51 Orang. Rujuk lampiran kehadiran


  



1. Ucapan Pengerusi Penubuhan
Encik MOHAMMED HAIRE BIN KAHFI  telah  mengucapkan  terima  kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penibuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI TIGA(3)

2.Meluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju  dengan sebulat suara dengan nama: PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI TIGA(3) dan alamatnya ialah di NO 1, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10, TAMAN DESA PERMAI 3


3.Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat   telah   berbincang  perlembagaan   pertubuhan   dan  dengan  sedikit  pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

4.Perlantikan Ahli Jawatankuasa PenubuhanAhli-ahli seperti berikut telah dipilih:

No.
Jawatan
Nama
PENGERUSI
ABDUL BASIR BIN MOHD ANUAR
NAIB PENGERUSI
 MOHAMMED HAIRE BIN KAHFI
SETIAUSAHA
 HILMEE BIN HUSSIN
NAIB SETIAUSAHA
 ABDUL HADY B. YAAKUB
BENDAHARI
 AHMAD MUNSIF B. MUHAMAD YUSOF
NAIB BENDAHARI
 SAIFUL ANUAR B. MOHAMAD DAM
AHLI JAWATANKUASA
 ABU HANIFAH B.MOHD. SHANI
AHLI JAWATANKUASA
 ZAINAL ABIDIN SHAH B. BAHARUDIN
AHLI JAWATANKUASA
 MUHAMAD SAMAN BIN SABRI
AHLI JAWATANKUASA
 MOHAMAD TOLHA BIN SUBHI
AHLI JAWATANKUASA
 MAZLI MALEK
AHLI JAWATANKUASA
 AHMAD SHUKRI B MOHD KASSIM
AHLI JAWATANKUASA
 NOOR.AZWAN B. MOHD. DAHLAN
AHLI JAWATANKUASA
 AIDIL B. MAHAMAD ISHAK
AHLI JAWATANKUASA
PUAN ESAH BINTI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA
PUAN ROZANA BINTI ABB GHANI
AUDIT DALAM 1
 NORAZMI BIN MUHAMMAD SANI
AUDIT DALAM 2
ABD.RAHMAN B. ALIAS


5.       5.  Majlis  bersetuju    untu mendaftarkan    pertubuhan    ini   dengan   Jabatan    Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskannya.
6.         
          6.   Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.20 tengahari.