Wednesday, November 2, 2011

Borang Keahlian Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru



Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.





TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT 


1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.



Sila Download Dokumen Berikut :
1. Untuk Maklumat Terperinci Syarat dan Sumbangan : Khairat Maklumat Terperinci


2. Untuk Borang Keahlian : Borang Keahlian Khairat

Borang yang telah diisi perlu dihantar ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK PPTDP3  yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR