PROGRAM PPTDP3

Friday, August 24, 2012

Rondaan RELA 2012 TDP3



Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2012 yang lalu, Pihak PPTDP3 telah bersetuju bagi mengadakan rondaan pasukan anggota RELA bagi mengawasi keselamatan rumah rumah penduduk Ahli Ahli PPTDP3 dan juga bukan ahli di kawasan Taman Desa Permai 3. Ini adalah tahun yang ketiga PPTDP3 menggunakan khidmat RELA ini dalam menyediakan perkhidmatan semasa musim cuti.

Kos yang dipersetujui adalah sebanyak RM 1,776.00 telah berjaya diterima hasil dari sumbangan dari pada ahli ahli PPTDP3 dan juga dari tabung kewangan PPTDP3 untuk pengambilan seramai 3 orang pasukan anggota RELA bagi menjalankan rondaan 24 jam semasa ketiadaan penduduk yang bercuti panjang.

Tempoh rondaan adalah selama 6 hari dari 18 Ogos 2012 hingga 23 Ogos 2012.

Alhamdulillah setakat ini tiada laporan berkenaan kejadian pecah rumah bagi ahli ahli PPTDP3 berlaku sepanjang rondaaan dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha murni yang akan diteruskan setiap tahun demi untuk kesejahteraan dan keselamatan semua penduduk Taman Desa Permai 3.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H



PPTDP3 ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H "Bersamalah Kita Bermaaf-maafan Dan Mengeratkan Silaturrahim"


Tuesday, August 14, 2012

MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3

Dimaklumkan bahawa PPTDP3 akan mengadakan MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3, pada 15 September 2012. Diharap semua penduduk dapat melapangkan waktu untuk turut sama memeriahkan majlis kali yang ke-3 ini sambil mengeratkan silaturrahim diantara jiran jiran di bulan yang mulia ini.


Wednesday, August 8, 2012

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL, IFTOR RAMADHAN, SOLAT TARAWIH DAN SOLAT HAJAT 2012 TDP3



Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 akan menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Iftor Ramadhan, Solat Tarawih dan solat hajat 2012 bertujuan untuk mengimarahkan Taman kita ini dengan amal ibadah sempena di bulan Ramadhan al-Mubarak ini disamping kita dapat mengeratkan silaturrahim diantara penduduk di TDP3. Solat Hajat yang akan dilakukan adalah untuk kejayaan anak-anak penduduk TDP3 dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini juga  dipohon keselamatan penduduknya dilindungi dan mendapat berkat kemuliaan dari Allah SWT di yang penuh dengan keberkatanNya.


Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sekeluarga dipersilakan dan dijemput untuk turutserta hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada :

            Tarikh                         :           22 Ramadhan 1433 / 11 Ogos 2012
            Hari& Masa                :           Sabtu, 6.00 Petang

            Tempat                       :           Padang Permainan TDP3

Aturcara Majlis          :           - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
                                                            - Tazkirah Ramadhan
- Iftar Ramadhan
- Solat Maghrib Berjemaah
- Jamuan
- Solat Isyak,Solat Tarawih dan Solat Hajat Berjemaah





Sunday, August 5, 2012

Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran 1433 Hijrah




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya ianya berlaku secara berperingkat-peringkat dan menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.







PERKHIDMATAN KAWALAN PASUKAN RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI 1433 HIJRAH 2012

Assalamualaikum.

Memo untuk kutipan Perkhidmatan Kawalan Pasukan RELA Sempena hari cuti perayaan.
Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Malikat Jibril selalu berpesan kepada Nabi SAW mengenai jiran dan tidak sempurna status iman seseorang seandainya tidak berbuat baik terhadap jiran. 
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)