Monday, April 3, 2023

Program Majlis Iftar Ukhwah Silaturahim 2023

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 



InSyaAllah tahun ini  Persatuan Penduduk TDP3 akan mengadakan

Program Majlis Iftar Ukhwah Silaturahim 2023

Tarikh : Sabtu, 8hb April 2023

Lokasi : No 1, Jalan 9C/KU10

Masa : Mula Berkumpul Jam 6.30 untuk Doa Selamat dan Tahlil.

Agenda : Doa Selamat/Tahlil, Tazkirah Nuzul Quran, Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah.

Semua penduduk dijemput untuk hadir bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Jika ada kelapangan, boleh membawa potluck Juadah Makanan untuk dihidangkan kepada mereka yang berbuka puasa untuk lebih keberkatan dalam berpuasa.

Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T dan mendapat keberkatanNya.

Terima kasih.

PPTDP3

Sunday, April 2, 2023

MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN DAN KHAIRAT

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

πŸ”ŠπŸ”Š PERINGATAN MESRA πŸ”ŠπŸ”Š

Assalamualaikum wrt..

Semoga semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

Makluman kepada semua ahli berdaftar PPTDP3.

Bulan ramadan adalah bulan terbaik untuk beramal jariah dan bersedekah dengan pahala yang berganda untuk setiap kebaikan.

Mohon mengambil perhatian kpd tuan/puan yang masih belum menjelaskan bayaran Yuran Ahli & Khairat bagi tahun lepas dan juga tahun ini supaya dapat menjelaskan dalam bulan yang mulia ini untuk lebih keberkatannya. Untuk yang sudah menjelaskan, ribuan terima kasih diucapkan.

Kadar bayaran bagi Tahun ini masih lagi kekal seperti berikut :-

1) Yuran Ahli RM5 sahaja sebulan ( atau  RM60 setahun )

2) Khairat Kematian = RM 40 

JUMLAH : RM 100 bagi setahun

Bagi yang tidak berkemampuan atau mengalami kekangan kewangan,

Diskaun 50% diberikan bayaran Yuran bagi Tahun 2020-2021 ( Yuran RM30 dan Khairat RM20 ).

Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.

Semua bayaran dan sumbangan boleh dibuat melalui Ketua Blok @ Bendahari Taman @ Pindahan Secara Elektronik kepada akaun berikut:-

RHB ISLAMIC BANK BHD A/C NO.:  26229600009469 

(PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3)

Sila hantar slip pembayaran beserta butiran Nama/No. Rumah kepada Bendahari Taman bagi tujuan kemaskini dan pengeluaran resit penerimaan. 

Sebarang pertanyaan mengenai bayaran boleh rujuk kepada Bendahari ditalian berikut :-

wasap.my/60193895882/YURANdanKHAIRAT/

Untuk senarai pembayaran terkini, boleh rujuk dari dari list berikut yang akan dikemaskini dari masa kesemasa melalui link yang akan diberikan oleh Ketua Blok atau Bendahari.

Segala kerjasama dan jasa baik semua ahli amat di hargai. Jazakallahu khairan jazak.

Sekian, terima kasih.

-BENDAHARI PPTDP3- 

Edited on 3/4/2023 9.00 AM


SCAN QR BERIKUT UNTUK PEMBAYARAN PANTAS.






Sunday, March 12, 2023

AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 SESI 2023/2024

 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN
AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 SESI 2023/2024







 









Monday, February 27, 2023

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-TUJUH SESI 2023/2024

 







Sunday, February 26, 2023

Jemputan Program Komuniti Sihat Dan Sejahtera Peringkat MPKlang 2023 Taman Desa Permai 3, Meru

 



[ PPTDP3 BROADCAST MESSAGE ]

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

**"Program Komuniti Sihat Dan Sejahtera Peringkat MPKlang 2023

Taman Desa Permai 3, Meru"**

Alhamdulillah, Julung kali Komuniti Taman Desa Permai 3 telah Dipilih oleh MPKlang untuk Program Komuniti Sihat Dan Sejahtera bagi tahun 2023.

Semua penduduk sekeluarga dijemput hadir bagi memeriahkan program :

Lokasi : Padang Rekrasi 9B/KU10 Taman Desa Permai 3

Tarikh : Ahad, 5 Mac 2023

Masa   : 7 Pagi hingga 1 Petang

Pelbagai aktiviti disediakan seperti :

- Booth/Ceramah dari KKM Kesihatan & Pergigian, PDRM, AADK dan BOMBA

- Pameran Motor Klasik

- Pertandingan Mewarna, Bola Jaring, Sepakan Penalti, Gubahan

- Gotong Royong

- Dan lain lain  lagi.

Goodies Sarapan juga disediakan.

Semoga kehadiran Tuan/Puan bersama keluarga akan lebih memeriahkan program ini yang julung kali diadakan di TDP3.

Chup dan Lock Tarikh Ini.

Hadir bersama keluarga tanda Sokongan.

Terima kasih.

















Saturday, February 25, 2023

Program Gotong Royong 'Hapuskan Aedes' Bulan Februari 2023



[ PPTDP3 BROADCAST MESSAGE ]

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

"Program Gotong Royong 'Hapuskan Aedes' Bulan Februari 2023

Semua penduduk dijemput hadir bagi menjayakan Program Gotong Royong 'Hapuskan Aedes' Bulan Februari 2023 :

Tarikh : Sabtu , 25 Feb 2023 -  Dikawasan Rumah Sendiri ( Kawasan Parking, longkang depan dan belakang )

Tarikh : Ahad , 8.30 Pagi. 26 Feb 2023 -  Gotong Royong Mini - Berkumpul di Kabin PPTDP3

  Satu tong sampah besar dari MPKlang/KDEB disediakan untuk pembuangan sampah sampah kering ( dahan dan daun pokok ). 

Semoga kita manfaatkan masa yang ada untuk menjadikan kawasan kita bersih dari pembiakan denggi. 


PPTDP3 



Saturday, May 14, 2022

Majlis Silaturrahim @ Jamuan Raya PPTDP3






Jemputan Majlis Silaturrahim @ Jamuan Raya PPTDP3.

Dengan segala hormatnya kami ingin menjemput

semua penduduk TDP3 untuk hadir ke majlis berikut :

Tarikh : Sabtu, 28 Mei 2022
Masa : Bermula Jam 8 Malam
Lokasi : Kabin PPTDP3, Jalan 9D/KU10

Semoga kehadiran Tuan/Puan akan menambahkan lagi keberkatan dalam majlis ini.

Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah SWT

Dan Terus Istiqamah Dalam Memperbanyakkan

Lagi Amal Kebajikan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Haire Kahfi

-Setiausaha-

PPTDP3 


Friday, April 1, 2022

Pemasangan Kamera CCTV di sekitar komuniti TDP3.


InSyaAllah kawasan sekitar Taman Desa Permai 3 akan dipasang beberapa kamera CCTV dibeberapa kawasan strategik bagi kemudahan pengawasan kemasukan pelawat ke sekitar komuniti TDP3. 

Semoga dengan usaha ini dapat memberikan ruang terbaik dari menghindarkan perkara perkara buruk yang mungkin berlaku di persekitaran taman.






Monday, September 14, 2020

Aduan Gangguan Binatang - Anjing

Amazon.com : Beware of Dog Sign German Shepherd, Dog Warning Sign, 12x12  Octagon Rust Free Aluminum, Weather/Fade Resistant, Easy Mounting,  Indoor/Outdoor Use, Made in USA by SIGO SIGNS : Garden & Outdoor



 

Friday, September 11, 2020

Aduan Longkang dan Jalan Rosak di 9C dan 9D

 

Satu aduan telah dibuat sekali lagi untuk berkenaan Longkang dan Jalan Rosak di 9C dan 9D