Wednesday, November 2, 2011

Borang Keahlian Persatuan PPTDP3







Bagi menjadi ahli kepada Pertubuhan ini, maka kelayakan serta syarat keahlian adalah seperti berikut:-

a. Hendaklah warganegara Malaysia;
b. berumur lapan belas(18) tahun ke atas ;
c. terbuka kepada semua jantina;
d. terbuka kepada semua pegangan agama/kepercayaan
e. terbuka kepada semua kaum ;
f. tiada had ke atas pertalian kekeluargaan ;
g. bermastautin / menetap di Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor Sahaja;
h. tiada had bilangan ahli;
i. bermastautin / menetap di kawasan baru yang ditetapkan sebagai kawasan Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
j. Setiap ketua/wakil keluarga hanya perlu mendaftar satu keahlian yang mewakili isi rumah dan secara automatik ahli rumah tersebut yang berusia 18 tahun keatas layak menjadi ahli bersekutu. Ahli bersekutu layak untuk hadir dalam mesyuarat agung dan layak dilantik sebagai ahli jawatankuasa
k. Ahli bersekutu adalah pasangan ahli, anak kandung/anak tiri yang sah mengikut undang-undang dan dikecualikan membayar yuran tetapi berhak menerima kemudahan yang disediakan oleh persatuan.


Download Borang Keahlian Disini 


Dan hantarkan borang anda ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR


Perlembagaan Lengkap Persatuan Akan Diberikan Selepas Anda Mendaftar Sebagai Ahli.