Thursday, May 4, 2017

KEMPEN SETIAP SABTU 15 MINIT #hapusdenggi


KEMPEN SETIAP SABTU 15 MINIT
Utamakan kebersihan dihalaman rumah anda dan sekitarnya.
#hapusdenggi

Denggi: Dua bulan ragut 40 nyawa
07 Mac 2017 12:14 AM
PUTRAJAYA 6 Mac - Sebanyak 40 kematian akibat demam denggi direkodkan bagi tempoh dari 1 Januari sehingga 25 Februari lalu menunjukkan penurunan 26 peratus berbanding 54 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh berkenaan, secara keseluruhannya seba­nyak 14,513 kes demam denggi dilaporkan iaitu penurunan 43 peratus berbanding 25,403 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau memberitahu, pemantauan secara mingguan pula mendapati minggu kelapan tahun ini iaitu dari 19 Februari sehingga 25 Februa­ri lalu mencatatkan jumlah kes demam denggi sebanyak 1,937 kes iaitu peningkatan 1.1 peratus berbanding 1,915 kes pada minggu sebelumnya.
“Pemantauan lokaliti wabak demam denggi me­nunjukkan sebanyak 678 lokaliti wabak yang masih aktif manakala terdapat 94 lokaliti panas semasa yang melibatkan lima buah ne­geri iaitu di Selangor (69 lokaliti), Perak (15 lokaliti), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat lokaliti) dan masing-masing tiga lokaliti di Johor serta Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu, kementeriannya mengesahkan sebanyak 50 kes Chikungunya dilaporkan dari 15 Februari sehingga 2 Mac lalu dengan 36 kes disahkan positif di Ba­ling, Kedah dan 14 kes di Gombak, Selangor.

Image result for KEMPEN SETIAP SABTU 15 MINIT denggi