Wednesday, June 28, 2017

Berakhirnya Rondaan Keselamatan TAMAN DESA PERMAI 3

[PPTDP3 WHATSAPP BROADCAST MESSAGE]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Harap maklum,
kawalan keselamatan dimusim cuti telah berakhir pada jam 7.00 malam selepas 5 hari dengan 4 tempat checkpoint disediakan untuk kali ini.

Alhamdulillah, mengikut laporan semua kawasan adalah dalam keadaan terkawal dan tiada kejadian yg tidak mencurigakan berlaku.

kawalan rondaan meliputi keseluruhan taman desa permai 3 sebagai salah satu amal jariah untuk masyarakat dan jiran jiran amnya.

Terima kasih diucapkan kepada penderma-penderma yang telah sudi bersama sama membuat bayaran untuk memudahkan jiran jiran bercuti dengan ketenangan di musim perayaan.

Semoga tahun depan lebih ramai yang dapat turut serta untuk berkongsi bagi mengurangkan kos kawalan yang semakin meningkat setiap tahun.

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.

Akhir kata, Ahli Jawatankuasa PPTDP3 ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada tuan/puan sekeluarga.

Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3
#PPTDP3