Friday, December 1, 2017

FUN RUN @ JOM HIDUP SIHAT 2017 TAMAN DESA PERMAI 3 - Peraturan Program

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN FUN RUN @ JOM HIDUP SIHAT 2017


1. Tarikh : 17 Disember 2017
2. Tempat permulaan/tamat : Padang Permainan TDP3, Jalan 9B/KU10 Taman Desa Permai 3
3. Tarikh tutup : 15 Disember 2017
4. Yuran penyertaan : Percuma 
6. Kategori/jarak larian : 1.5 KM
7. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan yang rasmi dengan benar, tepat dan terkini untuk mengambil bahagian dalam larian ini.
8. Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap akan menyebabkan peserta hilang kelayakan dan sekatan daripada melibatkan diri dalam larian ini tanpa pemulangan bayaran daripada pihak penganjur
9. Hadiah : Semua perserta akan mendapat Goodies Bag (100 terawal)
10. Setiap peserta akan diberi Baju Fun Run (100 terawal) daripada pihak penganjur.
11. Nombor Larian
      a. Semua peserta akan diberikan 1 sticker yang bercetak iaitu nombor larian dan perlu dilekatkan di dada peserta.
      b. Semasa larian, semua peserta dikehendaki memakai nombor yang telah diberikan
      c. Peserta yang tidak memakai nombor larian yang telah diberikan, akan terbatal penyertaannya.
      d. Nombor akan digunakan untuk Cabutan Bertuah.

12. Pampasan peserta
      a. Langkah – langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur, sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah tanggungjawab peserta sendiri.
       b. Peserta digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau berunding dengan perunding kesihatan sebelum menyertai larian ini.
13. Masalah Kesihatan
       a. Mana - mana peserta berdaftar dan mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan dikecualikan daripada larian.
      b. Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana – mana pusat kesihatan yang terdekat. Kos perubatan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
14. Insurans peserta
      a. Larian Amal tidak akan melindungi peserta dari segi insuran liability awam dan insuran kemalangan diri.
      b. Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa – apa masalah yang timbul semasa program ini
       c. Peserta disyorkan untuk mempunyai insuran kemalangan peribadi atau insuran kesihatan dalam program ini.

15. Hak Sebagai Penganjur
     a. Untuk mengehadkan atau menambah atau menolak penyertaan.
     b. Jika terdapat kesamaran dalam mana-mana peruntukan, penganjur hendaklah menjadi pihak yang berkuasa untuk mentafsir dan melakukan, pihak penganjur akan mengambil kira kepentingan semua peserta yang terlibat.
     c. Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab – sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal daripada pihak penganjur yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan dan lain – lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan dan kehilangan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.
    d. Pihak penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan kategori yang dipertandingkan tanpa sebarang notis kepada peserta. Sebarang notis akan dimaklumkan
    e. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang program dan sebarang tuntutan bayaran tidak akan dilayan.
    f. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa – apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain – lain kegunaan.
    g. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda atas kecuaian peserta itu sendiri.
    h. Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana – mana syarat larian ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti. Jika terdapat kekaburan dalam mana – mana peruntukan ini, pihak penganjur berhak untuk mentafsir dalam berbuat demikian, mereka akan mengambil kira kepentingan peserta yang terjejas. Apa apa pindaan kepada syarat – syarat akan dikemaskini di laman web ini.
    i. Pihak penganjur berhak untuk meminda laluan FUN RUN TDP3 sekiranya mereka dapati ia patut dilakukan atas sebab keselamatan peserta dan/atau untuk mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin akan timbul ketika acara larian ini berlangsung pada bila bila masa juga.
16. Selain mematuhi syarat – syarat larian ini, peserta dikehendaki mematuhi semua peraturan – peraturan lain (negara, negeri) semasa mengambil bahagian dalam acara ini.