Tuesday, May 12, 2015

Majlis Ceramah Israk Mikraj PPTDP3 2015


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan sekeluarga dijemput menghadiri Majlis Ceramah Israk Mikraj 2015 pada tarikh dan masa yang berikut :
Tarikh : 16 Mei 2015 Masa : Bermula Solat Maghrib Lokasi : Blok Sri Kelantan (M) Jalan 9C/KU10
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan sekeluarga akan dapat menambahkan keberkatan dan kemeriahan majlis ilmu ini. Kehadiran Tuan/Puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih.
============================================================
Israk merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki buraq bermula dari Masjidilharam ke Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naikknya Nabi SAW ke langit ditemani oleh Jibrail A.S. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj tepatnya sewaktu Nabi Muhammad SAW diajak meninjau keadaan neraka. Baginda ditunjukkan pelbagai penyeksaan yang amat dasyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari kejahatan yang dilakukan di dunia. Selain itu, dengan peristiwa ini jugalah terjadinya solat 5 waktu sehari semalam. Solat merupakan antara amalan yang terawal sekali dihisab di akhirat kelak.
Adalah diharapkan dengan peristiwa ini, kita menjadi muslim yang sentiasa melakukan perkara yang diredhai oleh Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Diringkaskan peristiwa Israk dan Mikraj di dalam gambarajah di bawah untuk penghayatan kita bersama.



Picture Credit to http://dhia1301.blogspot.com/