Kos yang dipersetujui adalah sebanyak RM 1,776.00 telah berjaya diterima hasil dari sumbangan dari pada ahli ahli PPTDP3 dan juga dari tabung kewangan PPTDP3 untuk pengambilan seramai 3 orang pasukan anggota RELA bagi menjalankan rondaan 24 jam semasa ketiadaan penduduk yang bercuti panjang.
Tempoh rondaan adalah selama 6 hari dari 18 Ogos 2012 hingga 23 Ogos 2012.
Alhamdulillah setakat ini tiada laporan berkenaan kejadian pecah rumah bagi ahli ahli PPTDP3 berlaku sepanjang rondaaan dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha murni yang akan diteruskan setiap tahun demi untuk kesejahteraan dan keselamatan semua penduduk Taman Desa Permai 3.