Wednesday, August 1, 2012

MAKLUMAN DAN GARISPANDUAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­ - as 31/07/2012


MAKLUMAN DAN GARISPANDUAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­

PENGENALAN
Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru, Klang telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.
TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­
1.       Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.

2.       Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.

3.       Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

  1. Ahli atau ketua keluarga bertangungjawab untuk memaklumkan kepada ahli jawatankuasa sekiranya berlaku kematian/pertambahan ahli keluarga (anak).
  2. Tabung ini terbuka kepada semua ahli tanpa mengira fahaman agama.
  3. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
    1. Ahli.
    2. Isteri/suami.
    3. Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
    4. Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal bersama*
(Tinggal bersama bermaksud ahli bertanggungjawab menjaga dan memelihara ibubapa/mertua bukan dalam keadaan hadir berziarah/bertamu ke rumah ahli)

4.       Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK PPTDP3  dan sumbangan tahunan telah dibayar. 

5.       Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian semata-mata untuk mendapatkan wang sumbangan tidak layak menerima sumbangan untuk kematian tersebut serta merta. Walaubagaimanapun keahliannya boleh diterima. 

6.       Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat sumbangan tahunan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi. 

7.       Mereka yang tidak layak menerima sumbangan – saudara kandung atau nama yang tidak didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Tambahan Ahli Keluarga

8.       Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa. 
9.       Sekiranya  timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini,  keputusan  AJK PPTDP3 adalah muktamad.
BAYARAN SUMBANGAN
1.       Sumbangan Tahunan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) setahun.

2.       Sumbangan akan dikutip semula apabila bayaran telah dibuat bagi sesuatu musibah mengikut keadaan semasa.
3.       Apabila berlaku kematian, kutipan khas sebanyak RM20.00  akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian untuk mengisi kembali Tabung ini. 

4.       Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan, pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada tahap kewangan Tabung. 

5.       Jumlah yang minima daripada Tabung akan digunakan untuk pengurusan Tabung. 


SUMBANGAN KEPADA WARIS SI MATI APABILA BERLAKU KEMATIAN 
1.       Sumbangan bagi satu kematian:
·         Ahli berdaftar                                       :    RM1000.00
·         Suami/isteri                                         :    RM1000.00
·         Anak/tanggungan kepada ahli          :    RM1000.00
·         Ibubapa/mertua kepada ahli            :    RM1000.00

2.       Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga/rumah (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh sumbangan kewangan.

3.       Jumlah sumbangan ini juga adalah tertakluk pada kadar semasa yang ditetapkan oleh Surau Haji Kamaruddin yang merupakan dalam surau kariyah ahli PPTDP3 dengan kelulusan dari AJK PPTDP3

4.       Pada 13 Mei 2012 dalam MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KEDUA 2012 telah bersetuju bagi perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung khairat :
a.        membuat sumbangan tambahan kepada ahli yang terlibat dan dana sumbangan akan mengunapakai tabung kutipan khairat PPTDP3. Kadar sumbangan yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:-
                                                               i.      Ibu bersalin – RM 50.00 (berkuatkuasa mulai 1 januari 2012)
                                                             ii.      Keguguran kandungan 4 bulan ke bawah – RM 100.00 (berkuatkuasa pada 13 MEI 2012). 
                                                           iii.      Keguguran jika kandungan berusia 4 bulan ke atas – mengikut kadar bayaran khairat.
b.       membuat kutipan khairat tambahan (jika berlaku kes keguguran seramai 6 orang berturut) 
c.        sebarang tuntutan khairat kematian dan juga sumbangan keguguran perlu disertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti untuk rujukan bayaran sumbangan.

5.       Pada 16 Februari 2013 dalam MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KETIGA 2012 telah bersetuju bagi perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung khairat :
a.        Sumbangan bagi satu kematian adalah RM1000
b.       Sumbangan Tahunan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) setahun.

AKAUN 
1.       Satu penyata kewangan diwujudkan di dalam akaun bank PPTDP3  yang telah dibuka dibawah bank RHB.
2.  Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira.  
3. Penyata Kira-kira akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PPTDP3 dan Mesyuarat              Dwi Tahunan Persatuan Penduduk  Taman Desa Permai 3, Meru, Klang


CARTA ALIR PROSES PENERIMAAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN