MAKLUMAN DAN GARISPANDUAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN
DESA PERMAI 3, MERU
PENGENALAN
Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman
Desa Permai 3, Meru, Klang telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk
Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah
diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah
naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman
Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.
TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT
KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU
1. Matlamat
asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses
pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang
dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
2. Menyatukan
penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas
apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk
semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman
masing-masing.
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
- Ahli atau ketua keluarga
bertangungjawab untuk memaklumkan kepada ahli jawatankuasa sekiranya
berlaku kematian/pertambahan ahli keluarga (anak).
- Tabung ini terbuka kepada semua ahli
tanpa mengira fahaman agama.
- Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah
tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
- Ahli.
- Isteri/suami.
- Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak
bekerja.
- Ibubapa/mertua
atau penjaga yang tinggal bersama*
(Tinggal bersama bermaksud ahli
bertanggungjawab menjaga dan memelihara ibubapa/mertua bukan dalam keadaan
hadir berziarah/bertamu ke rumah ahli)
4. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah
disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK PPTDP3 dan sumbangan tahunan telah dibayar.
5. Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya
satu-satu kematian semata-mata untuk mendapatkan wang sumbangan tidak layak
menerima sumbangan untuk kematian tersebut serta merta. Walaubagaimanapun keahliannya
boleh diterima.
6. Ahli
yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat sumbangan tahunan
dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah
dihubungi.
7. Mereka
yang tidak layak menerima sumbangan – saudara
kandung atau nama yang tidak didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Tambahan Ahli
Keluarga.
8. Sebarang
pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa.
9. Sekiranya
timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung
ini, keputusan AJK PPTDP3 adalah muktamad.
BAYARAN SUMBANGAN
1. Sumbangan
Tahunan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) setahun.
2. Sumbangan
akan dikutip semula apabila bayaran telah dibuat bagi sesuatu musibah mengikut
keadaan semasa.
3.
Apabila berlaku kematian, kutipan khas
sebanyak RM20.00 akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian
untuk mengisi kembali Tabung ini.
4.
Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan,
pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada tahap kewangan Tabung.
5.
Jumlah yang minima daripada Tabung akan digunakan
untuk pengurusan Tabung.
SUMBANGAN KEPADA WARIS SI MATI
APABILA BERLAKU KEMATIAN
1. Sumbangan
bagi satu kematian:
·
Ahli
berdaftar
: RM1000.00
·
Suami/isteri : RM1000.00
·
Anak/tanggungan kepada
ahli : RM1000.00
·
Ibubapa/mertua
kepada ahli : RM1000.00
2. Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu
keluarga/rumah (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan
penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh sumbangan
kewangan.
3. Jumlah sumbangan ini juga adalah tertakluk pada kadar
semasa yang ditetapkan oleh Surau Haji Kamaruddin yang merupakan dalam surau
kariyah ahli PPTDP3 dengan kelulusan dari AJK PPTDP3
4. Pada 13 Mei 2012 dalam MESYUARAT
AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KEDUA 2012 telah bersetuju bagi
perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung khairat :
a.
membuat
sumbangan tambahan kepada ahli yang terlibat dan dana sumbangan akan
mengunapakai tabung kutipan khairat PPTDP3. Kadar sumbangan yang telah
dipersetujui adalah seperti berikut:-
i.
Ibu
bersalin – RM 50.00 (berkuatkuasa mulai 1 januari 2012)
ii.
Keguguran
kandungan 4 bulan ke bawah – RM 100.00 (berkuatkuasa pada 13 MEI 2012).
iii.
Keguguran
jika kandungan berusia 4 bulan ke atas – mengikut kadar bayaran khairat.
b. membuat kutipan khairat tambahan
(jika berlaku kes keguguran seramai 6 orang berturut)
c.
sebarang
tuntutan khairat kematian dan juga sumbangan keguguran perlu disertakan dokumen
yang berkaitan sebagai bukti untuk rujukan bayaran sumbangan.
5. Pada 16 Februari 2013 dalam
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KETIGA 2012 telah
bersetuju bagi perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung
khairat :
a.
Sumbangan bagi satu kematian adalah RM1000
b. Sumbangan
Tahunan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) setahun.
AKAUN
1.
Satu penyata kewangan diwujudkan di dalam akaun
bank PPTDP3 yang telah dibuka dibawah bank RHB.
2. Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung
tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira.
3. Penyata Kira-kira akan dibentangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa PPTDP3 dan Mesyuarat Dwi Tahunan
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3, Meru, Klang
CARTA ALIR PROSES PENERIMAAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN