Monday, December 31, 2012

AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 2011/2012






BERIKUT ADALAH SENARAI AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 2011/2012.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS JASA DAN USAHA YANG DICURAHKAN.



YANG DIPERTUA :
ABDUL BASIR BIN MOHD ANUAR

TIMBALAN YANG DIPERTUA  :
HALID BIN SALIM

SETIAUSAHA :
HILMEE BIN HUSSIN

NAIB SETIAUSAHA :
MOHAMMED HAIRE BIN KAHFI

BENDAHARI :
NORAZMI BIN MUHAMMAD SANI

NAIB BENDAHARI :
AHMAD MUNSIF B. MUHAMAD YUSOF

AHLI JAWATANKUASA :
SAIFUL ANUAR B. MOHAMAD DAM
ABDUL HADY B. YAAKUB
MUHAMAD SAMAN BIN SABRI
MOHAMAD TOLHA BIN SUBHI
HELMI BIN ABDUL HAMID
AHMAD SHUKRI B MOHD KASSIM
NOOR.AZWAN B. MOHD. DAHLAN
MARHABAN BIN PANIRAN

PEMERIKSA KIRA KIRA 1 :
AHMAD AMINUDDIN BIN SARUN
PEMERIKSA KIRA KIRA 2 :
ABD.RAHMAN BIN ALIAS




Saturday, December 22, 2012

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN SAMBUTAN TAHUN BARU DAN TAHLIL PPTDP3



Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 akan menganjurkan Majlis Kenduri Kesyukuran Sambutan Tahun Baru dan Tahlil bertujuan untuk mengimarahkan Taman kita ini dengan amal ibadah sempena kedatangan tahun baru ini disamping kita dapat mengeratkan silaturrahim diantara penduduk di TDP3.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sekeluarga dipersilakan dan dijemput untuk turut serta hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada :


Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menambahkan keberkatan majlis itu nanti.
Sekian. Terima kasih. Wassalam

Bersama Menyumbang Ke Arah Keharmonian

Friday, September 21, 2012

MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3

MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3 telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 pada Sabtu,15 September 2012.

Tujuan utama majlis adalah untuk mengeratkan ukhwah silaturrahim pada bulan yang Syawal yang mulia ini diantara jiran jiran yang sedia ada dan juga jiran yang baru agar dapat lebih mesra dan berkenalan kenalan diantara satu sama lain.




Untuk menjayakan majlis yang besar ini, semestinya sumbangan tenaga dari ahli ahli persatuan amat diperlukan dan ini dapat dilihat semasa acara rewang untuk memasak jamuan dimana, ramai ahli yang turut sama turun untuk bergotong royong dalam menyiapkan semua juadah yang telah dirancang.

Dengan kapasiti ahli yang ramai, semestinya keperluan untuk majlis juga banyak dan diantara menu yang dihidangkan pada majlis ini adalah :


Nasi Minyak / Nasi Putih, Rendang Ayam, Ayam Masak Merah, Acar, Kurma Daging, Buah Tembikai

Air Sejuk dan Air Panas ( 6 Jenis ), Lemang 40 Batang serta Nasi Impit dan Kuah Kacang.



Aturcara majlis : 


8.00 Malam    -           Kehadiran Penduduk Taman
                        -           SESSI BERGAMBAR MENGIKUT KELUARGA
                        -           Kehadiran Tetamu Jemputan
                        -           Aluan Pengacara Majlis
                        -           Bacaaan Doa
                        -           Ucapan YDP PPTP 3
                        -           Ucapan VIP
                        -           Jamuan Eidulfitri
                        -           Penyerahan Sumbangan Ibu Bersalin
                        -           Ucapan AJK PPTDP 3 / Ketua Blok
                        -           Cabutan Bertuah (Mengikut Senarai No Ahli)
                        -           Sumbangan Duit Raya kepada Anak-anak 15 tahun ke bawah) 



Sebanyak 6 Buah Khemah juga disediakan bagi memudahkan majlis ini diadakan. 

Majlis juga dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah untuk ahli ahli persatuan dan tahniah diucapkan kepada yang bertuah pada malam tersebut.


Seramai 10 orang Ahli persatuan yang telah mendapat Baby baru pada tahun 2012 juga mendapat sumbangan saguhati cek RM50 sebagai hadiah sempena kelahiran bayi dan juga sempena isteri bersalin. 



Malam itu juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YANG BERHORMAT DR ABD RANI BIN OSMAN, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Meru dan juga Ketua Kampung Meru, Hj Taifor bin Hj Noor yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis ini.



Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3 ini. 





Hidangan telah tersedia, lemang spesel...



air 6 jenis, ni baru 4 jenis sampai






tetiba ada plak bunga api melatop!!


Ini gambar saje saje nak eksyen sikit nie...



En. Tolha adalah antara ahli yang bertuah mendapat hadiah cabutan bertuah... terbaekk


Ini beratur ada tujuan ni...

sabar menunggu giliran aiskrim bukit kapar,
Terima kasih atas sumbangan ikhlas dari En Zainal Abidin Shah.



Dan yang terakhir sekali acara mengagihkan tiket bola, hasil sponsor En Norazli.
Jom ramai ramai turun menyokong selangor pada 29 September Ini.




Saturday, August 25, 2012

Rondaan RELA 2012 TDP3



Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2012 yang lalu, Pihak PPTDP3 telah bersetuju bagi mengadakan rondaan pasukan anggota RELA bagi mengawasi keselamatan rumah rumah penduduk Ahli Ahli PPTDP3 dan juga bukan ahli di kawasan Taman Desa Permai 3. Ini adalah tahun yang ketiga PPTDP3 menggunakan khidmat RELA ini dalam menyediakan perkhidmatan semasa musim cuti.

Kos yang dipersetujui adalah sebanyak RM 1,776.00 telah berjaya diterima hasil dari sumbangan dari pada ahli ahli PPTDP3 dan juga dari tabung kewangan PPTDP3 untuk pengambilan seramai 3 orang pasukan anggota RELA bagi menjalankan rondaan 24 jam semasa ketiadaan penduduk yang bercuti panjang.

Tempoh rondaan adalah selama 6 hari dari 18 Ogos 2012 hingga 23 Ogos 2012.

Alhamdulillah setakat ini tiada laporan berkenaan kejadian pecah rumah bagi ahli ahli PPTDP3 berlaku sepanjang rondaaan dijalankan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha murni yang akan diteruskan setiap tahun demi untuk kesejahteraan dan keselamatan semua penduduk Taman Desa Permai 3.

Friday, August 17, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H



PPTDP3 ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H "Bersamalah Kita Bermaaf-maafan Dan Mengeratkan Silaturrahim"


Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3

Dimaklumkan bahawa PPTDP3 akan mengadakan MAJLIS MESRA PERDANA AIDILFITRI TAMAN DESA PERMAI 3, pada 15 September 2012. Diharap semua penduduk dapat melapangkan waktu untuk turut sama memeriahkan majlis kali yang ke-3 ini sambil mengeratkan silaturrahim diantara jiran jiran di bulan yang mulia ini.


Thursday, August 9, 2012

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL, IFTOR RAMADHAN, SOLAT TARAWIH DAN SOLAT HAJAT 2012 TDP3



Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 akan menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Iftor Ramadhan, Solat Tarawih dan solat hajat 2012 bertujuan untuk mengimarahkan Taman kita ini dengan amal ibadah sempena di bulan Ramadhan al-Mubarak ini disamping kita dapat mengeratkan silaturrahim diantara penduduk di TDP3. Solat Hajat yang akan dilakukan adalah untuk kejayaan anak-anak penduduk TDP3 dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini juga  dipohon keselamatan penduduknya dilindungi dan mendapat berkat kemuliaan dari Allah SWT di yang penuh dengan keberkatanNya.


Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sekeluarga dipersilakan dan dijemput untuk turutserta hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada :

            Tarikh                         :           22 Ramadhan 1433 / 11 Ogos 2012
            Hari& Masa                :           Sabtu, 6.00 Petang

            Tempat                       :           Padang Permainan TDP3

Aturcara Majlis          :           - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
                                                            - Tazkirah Ramadhan
- Iftar Ramadhan
- Solat Maghrib Berjemaah
- Jamuan
- Solat Isyak,Solat Tarawih dan Solat Hajat Berjemaah





Monday, August 6, 2012

Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran 1433 Hijrah




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya ianya berlaku secara berperingkat-peringkat dan menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Wallahualam.







Sunday, August 5, 2012

PERKHIDMATAN KAWALAN PASUKAN RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI 1433 HIJRAH 2012

Assalamualaikum.

Memo untuk kutipan Perkhidmatan Kawalan Pasukan RELA Sempena hari cuti perayaan.
Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Malikat Jibril selalu berpesan kepada Nabi SAW mengenai jiran dan tidak sempurna status iman seseorang seandainya tidak berbuat baik terhadap jiran. 
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)  



Wednesday, August 1, 2012

MAKLUMAN DAN GARISPANDUAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­ - as 31/07/2012


MAKLUMAN DAN GARISPANDUAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­

PENGENALAN
Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru, Klang telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.
TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA PERMAI 3, MERU­­
1.       Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.

2.       Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.

3.       Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

  1. Ahli atau ketua keluarga bertangungjawab untuk memaklumkan kepada ahli jawatankuasa sekiranya berlaku kematian/pertambahan ahli keluarga (anak).
  2. Tabung ini terbuka kepada semua ahli tanpa mengira fahaman agama.
  3. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran:
    1. Ahli.
    2. Isteri/suami.
    3. Anak-anak yang belum berkahwin atau tidak bekerja.
    4. Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal bersama*
(Tinggal bersama bermaksud ahli bertanggungjawab menjaga dan memelihara ibubapa/mertua bukan dalam keadaan hadir berziarah/bertamu ke rumah ahli)

4.       Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha AJK PPTDP3  dan sumbangan tahunan telah dibayar. 

5.       Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian semata-mata untuk mendapatkan wang sumbangan tidak layak menerima sumbangan untuk kematian tersebut serta merta. Walaubagaimanapun keahliannya boleh diterima. 

6.       Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat sumbangan tahunan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi. 

7.       Mereka yang tidak layak menerima sumbangan – saudara kandung atau nama yang tidak didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Tambahan Ahli Keluarga

8.       Sebarang pindaan kepada Peraturan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa. 
9.       Sekiranya  timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan Tabung ini,  keputusan  AJK PPTDP3 adalah muktamad.
BAYARAN SUMBANGAN
1.       Sumbangan Tahunan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) setahun.

2.       Sumbangan akan dikutip semula apabila bayaran telah dibuat bagi sesuatu musibah mengikut keadaan semasa.
3.       Apabila berlaku kematian, kutipan khas sebanyak RM20.00  akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian untuk mengisi kembali Tabung ini. 

4.       Sekiranya tahap kewangan tidak mengizinkan, pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada tahap kewangan Tabung. 

5.       Jumlah yang minima daripada Tabung akan digunakan untuk pengurusan Tabung. 


SUMBANGAN KEPADA WARIS SI MATI APABILA BERLAKU KEMATIAN 
1.       Sumbangan bagi satu kematian:
·         Ahli berdaftar                                       :    RM1000.00
·         Suami/isteri                                         :    RM1000.00
·         Anak/tanggungan kepada ahli          :    RM1000.00
·         Ibubapa/mertua kepada ahli            :    RM1000.00

2.       Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu keluarga/rumah (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh sumbangan kewangan.

3.       Jumlah sumbangan ini juga adalah tertakluk pada kadar semasa yang ditetapkan oleh Surau Haji Kamaruddin yang merupakan dalam surau kariyah ahli PPTDP3 dengan kelulusan dari AJK PPTDP3

4.       Pada 13 Mei 2012 dalam MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KEDUA 2012 telah bersetuju bagi perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung khairat :
a.        membuat sumbangan tambahan kepada ahli yang terlibat dan dana sumbangan akan mengunapakai tabung kutipan khairat PPTDP3. Kadar sumbangan yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:-
                                                               i.      Ibu bersalin – RM 50.00 (berkuatkuasa mulai 1 januari 2012)
                                                             ii.      Keguguran kandungan 4 bulan ke bawah – RM 100.00 (berkuatkuasa pada 13 MEI 2012). 
                                                           iii.      Keguguran jika kandungan berusia 4 bulan ke atas – mengikut kadar bayaran khairat.
b.       membuat kutipan khairat tambahan (jika berlaku kes keguguran seramai 6 orang berturut) 
c.        sebarang tuntutan khairat kematian dan juga sumbangan keguguran perlu disertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti untuk rujukan bayaran sumbangan.

5.       Pada 16 Februari 2013 dalam MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KETIGA 2012 telah bersetuju bagi perihal berikut untuk ditambah sebagai garis panduan tabung khairat :
a.        Sumbangan bagi satu kematian adalah RM1000
b.       Sumbangan Tahunan adalah RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) setahun.

AKAUN 
1.       Satu penyata kewangan diwujudkan di dalam akaun bank PPTDP3  yang telah dibuka dibawah bank RHB.
2.  Penyata kira-kira akan dibuat setiap hujung tahun dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira.  
3. Penyata Kira-kira akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PPTDP3 dan Mesyuarat              Dwi Tahunan Persatuan Penduduk  Taman Desa Permai 3, Meru, Klang


CARTA ALIR PROSES PENERIMAAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN



Saturday, July 28, 2012

Cermin Bulat Simpang Jalan

Pada 17 Julai 2012, Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 telah berjaya memasang dengan jayanya 2 lagi tambahan cermin bulat untuk simpang. ini menjadikan semuanya 3 buah cermin bulat yang telah dipasang disekitar Taman Desa Permai 3 setakat ini.


Diharap dengan adanya cermin ini, para pengguna jalan raya dapat lebih berhati hati dan berwaspada apabila melalui simpang di sekitar jalan 9B dan 9C.

PPTDP3 juga akan berusaha untuk menambah  lagi cermin bulat di masa hadapan.

Terima kasih atas sumbangan Tuan Tuan  dan juga kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan usaha yang penting dalam menjaga keselamatan semua orang.





Wednesday, July 25, 2012

Program Ramadhan di Masjid Asy Syarif Meru Klang

Maklumat Berkenaan Program Ramadhan di Masjid Asy Syarif Meru Klang



Untuk Maklumat Terkini sila layari http://www.asysyarifmeru.net/

Saturday, July 21, 2012





Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H (2012M)
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3, Meru Klang,   mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H (2012M) kepada semua penduduk   yang akan bermula pada hari ini,  21 Julai 2012 (Sabtu).

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah


Wednesday, May 9, 2012

MAJLIS UKHUWAH SILATURRAHIM PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 BERSAMA IMAM MUDA AMIRIL


Semua penduduk di kawasan Taman Desa Permai 3 dijemput untuk hadir bagi menjayakan majlis yang julung kali diadakan sambil kita mengeratkan ukhwah silaturrahim antara jiran satu taman dan khususnya saudara seislam. 








Tuesday, May 8, 2012

Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu


Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamuCetakEmel
Sumber Dari http://dinulislam.saifulbahri.net

Ini adalah hadith ke lima belas(15) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan hadith ini dan mengambil pengajaran sebagai panduan hidup kita bersama.


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan Hadith


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Kefahaman Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu


1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.
2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus - diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.
3) Memuliakan Jiran :
i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadith (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadith- hadith berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga) - hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.
4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadith-hadith dan juga kisah nabi Ibrahim.

 

Pengajaran hadith


Hadith ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.

Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.

Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Artikel: Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu