Projek
Pengurusan Berat Badan
bertujuan meningkatkan kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
peserta melalui aktiviti pemakanan sihat dan senaman berkala.
OBJEKTIF
- Memahami konsep
pemakanan seimbang dan kepentingan aktiviti fizikal.
- Mengamalkan gaya hidup sihat untuk
mengekalkan berat badan ideal.
- Membuat penilaian kendiri terhadap
status kesihatan mereka.
- Menjadi duta
kesihatan dalam komuniti mereka.
Projek akan
dilaksanakan selama 12 minggu dengan aktiviti berikut:
·
Pemeriksaan kesihatan asas sebelum dan selepas
program.
·
Taklimat Pemakanan Sihat – Ceramah oleh pakar
pemakanan tentang amalan diet seimbang gaya hidup sihat
·
Senaman Berkala – Sesi senaman
berkumpulan setiap minggu. Latihan kecergasan berkala.
·
Cabaran Penurunan Berat Badan – Program motivasi
untuk peserta mencapai berat badan ideal. Pemantauan perubahan berat badan
setiap minggu. Pertandingan gaya hidup sihat (penurunan berat badan dan
perubahan gaya hidup).
·
Demonstrasi Masakan Sihat Melalui Kaedah
Hidroponik– Bengkel penyediaan makanan rendah kalori dan bernutrisi
menggunakan hasil tanaman hidroponik.
·
Perkongsian pengalaman peserta - melalui sesi
motivasi berkumpulan