Sunday, February 22, 2026

Program agihan bubur lambuk anjuran Ahli Majlis dan PKM DUN MERU

 Program agihan bubur lambuk anjuran Ahli Majlis dan PKM DUN MERU

Terima kasih diucapkan kepada

YB Mariam dan Ahli Majlis Puan Hajah Aniss Zuryanee
atas sumbangan kepada penduduk 

PPTDP3












Saturday, February 14, 2026

PERASMIAN - PROGRAM MYCHAMPION - Projek Pengurusan Berat Badan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

PROGRAM MYCHAMPION KKM - PENGURUSAN BERAT BADAN PERINGKAT TDP3

Alhamdulillah, Tahun ini pendaftaran PROGRAM MYCHAMPION KKM - PENGURUSAN BERAT BADAN PERINGKAT TDP3 akan diadakan pada tarikh dan masa yang berikut .

Semua penduduk TAMAN DESA PERMAI 3 sekeluarga dijemput hadir :

Lokasi : Kabin PPTDP3
Tarikh : Jumaat, 13 Februari 2026
Masa : bermula 9.00 Malam

Aktiviti Pendaftaran :
- Pendaftaran Peserta
- Timbang Berat Peserta
- Agihan Kad Peserta

Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Desa Permai 3, En  ABD RAHIM BIN ISMAIL

Sesi Senamrobik / Briskwalk dan Ceramah akan diadakan selepas Ramadhan.

Hadiah bagi peserta :
Tempat Pertama RM300
Tempat Kedua RM200
Tempat Ketiga RM100
Hadiah Saguhati RM20 x 7 Peserta 

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3

PPTDP3
























 

Wednesday, February 11, 2026

MYCHAMPION - Projek Pengurusan Berat Badan

 

Projek Pengurusan Berat Badan bertujuan meningkatkan kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta melalui aktiviti pemakanan sihat dan senaman berkala. 

OBJEKTIF

  1. Memahami konsep pemakanan seimbang dan kepentingan aktiviti fizikal.
  2. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan berat badan ideal.
  3. Membuat penilaian kendiri terhadap status kesihatan mereka.
  4. Menjadi duta kesihatan dalam komuniti mereka.

Projek akan dilaksanakan selama 12 minggu dengan aktiviti berikut:

·        Pemeriksaan kesihatan asas sebelum dan selepas program.

·        Taklimat Pemakanan Sihat – Ceramah oleh pakar pemakanan tentang amalan diet seimbang gaya hidup sihat

·        Senaman Berkala – Sesi senaman berkumpulan setiap minggu. Latihan kecergasan berkala.

·        Cabaran Penurunan Berat Badan – Program motivasi untuk peserta mencapai berat badan ideal. Pemantauan perubahan berat badan setiap minggu. Pertandingan gaya hidup sihat (penurunan berat badan dan perubahan gaya hidup).

·        Demonstrasi Masakan Sihat Melalui Kaedah Hidroponik– Bengkel penyediaan makanan rendah kalori dan bernutrisi menggunakan hasil tanaman hidroponik.

·        Perkongsian pengalaman peserta - melalui sesi motivasi berkumpulan