Saturday, June 3, 2017

Kawalan Keselamatan Di Musim Cuti Perayaan 2017



Image result for keselamatan  cuti raya



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan Musim Cuti Aidilfitri semakin hampir pada awal Julai
dan Selalunya kes kes pecah rumah akan berlaku semasa atau sebelum percutian panjang,
maka dengan itu AJK PPTDP3 telah sebulat suara untuk mengambil khidmat kawalan keselamatan sepanjang cuti perayaan ini.

Mungkin ada penduduk yg beraya disini,
tapi peratusannya tidaklah seramai yg akan bercuti disamping jumlah rumah di TDP3 semakin bertambah, Soal keselamatan adalah faktor utama dalam taman kita
dan pencegahan itu adalah sebagai satu usaha kearah keharmonian taman.

Untuk makluman tuan/puan juga perkhidmatan kawalan oleh Pasukan  Keselamatan akan dijalankan selama 5 hari bermula :
Hari & Waktu Mula : 7.00 Malam, Jumaat 23 Jun 2017
Hari & Waktu Tamat : 7.00 Pagi, Rabu 28 Jun 2017

dengan kekuatan 2 orang anggota yang akan bertugas 24 jam sepanjang masa yang telah ditetapkan mengikut 3 checkpoint yang disediakan.

Sehubungan dengan itu tuan/puan dipohon kerjasama agar dapat
membuat bayaran perkhidmatan tersebut sebanyak RM 25.00 ( RM5 sahaja satu hari ) bagi setiap rumah.
Tuan/Puan juga dipohon agar menyerahkan bayaran tersebut kepada AJK PPTDP3
atau wakil blok masing-masing selewat-lewatnya 22 Jun 2017
atau terus ke akaun bank PPDTP3 RHB Bank No : 26229600009469

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini dapat mengurangkan kebimbangan
tentang keselamatan harta benda sepanjang kita bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jangan lupa juga untuk mengisi borang balik kampong melalui online, untuk dihantar ke Balai Polis Meru sebagai makluman awal kepada pihak berkuasa berkenaan keberadaan dirumah masing masing.

Sila klik url disini untuk mengisi maklumat :  

Akhir kata, Ahli Jawatankuasa PPTDP3 ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN  SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada tuan/puan sekeluarga.

Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3
#PPTDP3