PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 (PPTDP3) (REG.NO. 3275-11-SEL) NO. 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10, TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG 53100 SELANGOR EMEL : pptdp3@gmail.com LAMAN WEB : http://www.pptdp3.blogspot.com NO TEL : 016-2641615/012-6261620 | ||
Assalamualaikum,
Tuan,Puan
KUTIPAN BAYARAN KHIDMAT KAWALAN PIHAK RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI
Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan adalah dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa PPTDP3 telah bersetuju untuk menyediakan khidmat kawalan pihak RELA sempena cuti AidilFitri 2011.
Bagi makluman tuan/puan pihak RELA akan bermula berkawal pada jam 12.01 pagi hari Ahad 28 Ogos 2011 dan akan berakhir pada 7.00 pagi hari Ahad 4 September 2011 ( tempoh satu minggu).
Oleh demikian, pihak Jawatankuasa PPTDP3 mengenakan bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap rumah bagi bayaran elaun pihak Rela dan bayaran ini perlu diserahkan kepada ketua blok masing-masing selewat-lewatnya 25 Ogos 2011.
Semoga khidmat kawalan keselamatan pihak RELA akan dapat menjamin keselamatan kita bersama sepanjang tempoh berkenaan.
Sekian,
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3