Program agihan bubur lambuk anjuran Ahli Majlis dan PKM DUN MERU
Terima kasih diucapkan kepada
YB Mariam dan Ahli Majlis Puan Hajah Aniss Zuryanee
atas sumbangan kepada penduduk
PPTDP3
Program agihan bubur lambuk anjuran Ahli Majlis dan PKM DUN MERU
Terima kasih diucapkan kepada
YB Mariam dan Ahli Majlis Puan Hajah Aniss Zuryanee
atas sumbangan kepada penduduk
PPTDP3
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
PROGRAM MYCHAMPION KKM - PENGURUSAN BERAT BADAN PERINGKAT TDP3
Alhamdulillah, Tahun ini pendaftaran PROGRAM MYCHAMPION KKM - PENGURUSAN BERAT BADAN PERINGKAT TDP3 akan diadakan pada tarikh dan masa yang berikut .
Semua penduduk TAMAN DESA PERMAI 3 sekeluarga dijemput hadir :
Lokasi : Kabin PPTDP3
Tarikh : Jumaat, 13 Februari 2026
Masa : bermula 9.00 Malam
Aktiviti Pendaftaran :
- Pendaftaran Peserta
- Timbang Berat Peserta
- Agihan Kad Peserta
Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Desa Permai 3, En ABD RAHIM BIN ISMAIL
Sesi Senamrobik / Briskwalk dan Ceramah akan diadakan selepas Ramadhan.
Hadiah bagi peserta :
Tempat Pertama RM300
Tempat Kedua RM200
Tempat Ketiga RM100
Hadiah Saguhati RM20 x 7 Peserta
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3
PPTDP3
Projek
Pengurusan Berat Badan
bertujuan meningkatkan kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
peserta melalui aktiviti pemakanan sihat dan senaman berkala.
OBJEKTIF
Projek akan
dilaksanakan selama 12 minggu dengan aktiviti berikut:
·
Pemeriksaan kesihatan asas sebelum dan selepas
program.
·
Taklimat Pemakanan Sihat – Ceramah oleh pakar
pemakanan tentang amalan diet seimbang gaya hidup sihat
·
Senaman Berkala – Sesi senaman
berkumpulan setiap minggu. Latihan kecergasan berkala.
·
Cabaran Penurunan Berat Badan – Program motivasi
untuk peserta mencapai berat badan ideal. Pemantauan perubahan berat badan
setiap minggu. Pertandingan gaya hidup sihat (penurunan berat badan dan
perubahan gaya hidup).
·
Demonstrasi Masakan Sihat Melalui Kaedah
Hidroponik– Bengkel penyediaan makanan rendah kalori dan bernutrisi
menggunakan hasil tanaman hidroponik.
·
Perkongsian pengalaman peserta - melalui sesi
motivasi berkumpulan
Alhamdulillah, telah selesai MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 KALI KE-8 pada 25 Januari 2026.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua barisan AJK pada penggal yang lalu terutama Mantan YDP NOOR 'AZLI BIN ABD. RAHMAN A.M.N atas sumbangan dan jasa jasa dalam mengimarahkan komuniti taman dengan pelbagai aktivit dan program yang bermanfaat.
Tahniah diucapkan kepada para barisan AJK PPTDP3 yang baru diketuai oleh YDP ABDUL BASIR BIN MOHD ANUAR P.P.T. Semoga tanggungjawab dan amanah yang diberikan menjadi satu asas untuk mengeratkan silaturrahim dan kesejahteraan hidup berjiran. InSyaAllah.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
InSyaAllah tahun ini Persatuan Penduduk TDP3 akan mengadakan
Program Majlis Iftar Ukhwah Silaturahim 2023
Tarikh : Sabtu, 8hb April 2023
Lokasi : No 1, Jalan 9C/KU10
Masa : Mula Berkumpul Jam 6.30 untuk Doa Selamat dan Tahlil.
Agenda : Doa Selamat/Tahlil, Tazkirah Nuzul Quran, Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah.
Semua penduduk dijemput untuk hadir bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Jika ada kelapangan, boleh membawa potluck Juadah Makanan untuk dihidangkan kepada mereka yang berbuka puasa untuk lebih keberkatan dalam berpuasa.
Semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T dan mendapat keberkatanNya.
Terima kasih.
PPTDP3
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
🔊🔊 PERINGATAN MESRA 🔊🔊
Assalamualaikum wrt..
Semoga semua dalam lindungan dan rahmat Allah swt.
Makluman kepada semua ahli berdaftar PPTDP3.
Bulan ramadan adalah bulan terbaik untuk beramal jariah dan bersedekah dengan pahala yang berganda untuk setiap kebaikan.
Mohon mengambil perhatian kpd tuan/puan yang masih belum menjelaskan bayaran Yuran Ahli & Khairat bagi tahun lepas dan juga tahun ini supaya dapat menjelaskan dalam bulan yang mulia ini untuk lebih keberkatannya. Untuk yang sudah menjelaskan, ribuan terima kasih diucapkan.
Kadar bayaran bagi Tahun ini masih lagi kekal seperti berikut :-
1) Yuran Ahli RM5 sahaja sebulan ( atau RM60 setahun )
2) Khairat Kematian = RM 40
JUMLAH : RM 100 bagi setahun
Bagi yang tidak berkemampuan atau mengalami kekangan kewangan,
Diskaun 50% diberikan bayaran Yuran bagi Tahun 2020-2021 ( Yuran RM30 dan Khairat RM20 ).
Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.
Semua bayaran dan sumbangan boleh dibuat melalui Ketua Blok @ Bendahari Taman @ Pindahan Secara Elektronik kepada akaun berikut:-
RHB ISLAMIC BANK BHD A/C NO.: 26229600009469
(PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3)
Sila hantar slip pembayaran beserta butiran Nama/No. Rumah kepada Bendahari Taman bagi tujuan kemaskini dan pengeluaran resit penerimaan.
Sebarang pertanyaan mengenai bayaran boleh rujuk kepada Bendahari ditalian berikut :-
wasap.my/60193895882/YURANdanKHAIRAT/
Untuk senarai pembayaran terkini, boleh rujuk dari dari list berikut yang akan dikemaskini dari masa kesemasa melalui link yang akan diberikan oleh Ketua Blok atau Bendahari.
Segala kerjasama dan jasa baik semua ahli amat di hargai. Jazakallahu khairan jazak.
Sekian, terima kasih.
-BENDAHARI PPTDP3-
Edited on 3/4/2023 9.00 AM