Friday, September 29, 2017

JEMPUTAN HADIR KE "PROGRAM JOM HIDUP SIHAT TAMAN DESA PERMAI 3, 2017“



Kepada:
Semua Penduduk Taman Desa Permai 3, Meru Klang

Assalamualaikum Tuan/Puan,

JEMPUTAN HADIR KE "PROGRAM JOM HIDUP SIHAT TAMAN DESA PERMAI 3, 2017“ 

Dengan hormat izinkan saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 akan menganjurkan "PROGRAM JOM HIDUP SIHAT TAMAN DESA PERMAI 3, 2017“  bertujuan untuk mengimarahkan Taman kita ini dengan aktiviti kesihatan disamping kita dapat mengeratkan silaturrahim diantara penduduk di TDP3. Program ini adalah anjuran bersama dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) bagi mempromosikan cara hidup sihat dengan mengambil tindakan atau menganjurkan aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran dan kemampuan kesihatan seseorang individu, kumpulan atau masyarakat di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf  kesihatan rakyat Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, Tuan sekeluarga dipersilakan dan dijemput untuk turut-serta bagi memeriahkan dan memberikan sokongan kepada program yang julung kali diadakan di TDP3 ini. Berikut adalah tarikh tarikh penting yang memerlukan komitmen kehadiran penduduk semua :

1. Setiap Sabtu dan Ahad, Bermula 07/10/2017 Hingga 31/12/2017, 7.45 pagi , Padang TDP3, Senamrobik Kesihatan.
2. Ahad, 08/10/2017 ( Senamrobik Kesihatan, Saringan Kesihatan, Ceramah Kesihatan - Obesiti dan Penyakit
3. Ahad, 22/10/2017 ( Senamrobik Kesihatan, Pemakanan Sihat Bersama Pegawai Dietetik )
4. Ahad, 05/11/2017 ( Senamrobik Kesihatan, Ceramah Kesihatan - Faktor Pemakanan Dalam Kesihatan )
5. Ahad, 17/12/2017 ( Fun Run TDP3, Senamrobik Kesihatan, Saringan Kesihatan, Ceramah Kesihatan - Aktiviti Fizikal Kearah Kesihatan, Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah )

Diharap semua penduduk dapat meluangkan masa dan memberikan komitmen tinggi untuk hadir bagi menjayakan aktiviti program yang dirancang. Semoga dengan kehadiran Tuan akan menambahkan keberkatan majlis ini.

Sekian. Terima kasih. Wassalam 

”IKHLAS, HIKMAH DAN UKHUWAH”
MOHAMMED HAIRE BIN KAHFI 
Yang Dipertua PPTDP3.

#aktifuntuksihat

https://www.facebook.com/MySihatOfficial/



Monday, September 11, 2017

Selamat Menduduki UPSR 2017


Esok InSyaAllah akan bermula peperiksaan UPSR 2017
Semoga Allah S.W.T, melapangkanlah dada dan permudahkanlah urusan anak anak sahabat di Taman Desa Permai 3 ini dalam menjawab peperiksaan.
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”

Image result for upsr 2017 doa