Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah ulang tahun sambutan hari kemerdekaan negara malaysia.
Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun lepas ialah sehati seijwa. Manakala tema hari kemerdekaan 2017 adalah negaraku sehati sejiwa.
Tema tahun ini dipilih negaraku sehati sejiwa bagi bagi menunjukkan kepentingan semangat kenegaraan di dalam satu negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga kepentingan besatu padu antara satu sama lain.
Sambutan hari kemerdekaan pula akan di adakan pada 31 Ogos 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala hari malaysia 16 september 2017 pula di adakan di adakan di Kota Kinabalu, Sabah.
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 kepada semua rakyat Malaysia dan juga Penduduk di Taman Desa Permai 3 khasnya.
"Eratkan Ukhwah Silaturrahim Di Bulan Kemerdekaan"