Sunday, April 23, 2017

Misteri di sebalik Israk, Mikraj


Image result for israk mikraj



ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.

Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.

Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).

Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.

Sumber Copy Dari :
http://www.sinarharian.com.my/rencana/misteri-di-sebalik-israk-mikraj-1.168272?localLinksEnabled=false



Wednesday, April 19, 2017

PERMOHONAN GERAN ROS @ Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 2017


Alhamdulilah selepas proses permohonan geran dari ROS Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Insyallah dalam bulan Julai akan tahu keputusan kelulusan. Semoga dengan adanya geran ini dapat lagi mengimarahkan Taman desa permai ini dengan aktiviti yang bermanfaat.



Bagi yang masih belum hantar, disarankan hantar sebelum 31 Julai 2017. 

Bagi memudahkan Persatuan lain yg ingin memohon boleh download contoh yang kami mohon.


daripada jadi pekasam, kami sharekan jika dapat membantu pihak lain.


  1. Borang Geran Lampiran A - Borang PDF Editable
  2. Borang Geran Lampiran B
  3. KERTAS_KERJA_ROS_gotong_royong
  4. KERTAS_KERJA_ROS_JKJR
  5. sebut_harga_FIRST AID BOX COMPLETE SEt
  6. sebut_harga_LAMPU_SULUH
  7. sebut_harga_PAM AIR MUDAH ALIH (WATER JET)



Bersama menyumbang kearah keharmonian.







Wednesday, April 12, 2017

Program Senamrobik & Riadah 2017



[PPTDP3 BROADCAST MESSAGE]

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Mulakan dengan Bismillah Beserta dengan Senyuman Moga Hari ini menjadi hari yang diberkati"

Pihak PPTDP3 akan menganjurkan Program Dwi-Mingguan Senamrobik & Riadah.

Semua Warga TDP3 dijemput hadir.




Monday, April 10, 2017

Takwim Aktiviti dan Program PPTDP3 Tahun 2017


[PPTDP3 BROADCAST MESSAGE]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Mulakan dengan Bismillah Beserta dengan Senyuman
Moga Hari ini menjadi hari yang diberkati"

Alhamdullillah syukur kepada Allah S.W.T dengan izinNya dapat kita melalui tahun 2016  dengan segala nikmat dan keberkatannya dalam merapatkan ukhwah silaturrahim di taman desa permai 3 ini.

Terima kasih diucapkan atas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh tuan/puan dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancangkan. Juga ribuan terima kasih kepada yang telah menyelesaikan yuran taman RM5 sebulan untuk tahun 2016 sebagai tanda komitmen atas aktiviti kemasyarakatan yg telah dianjurkan.

Dengan bermulanya tahun 2017 ini, diharap kita dapat meneruskan ukhwah silaturrahim dalam komuniti masyarakat di Taman Desa Permai 3 ini.

Seperti mana yang telah di putuskan di dalam mesyuarat AJK, kami telah menyasarkan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2017 di mana InsyaAllah dapat di lakukan secara berjemaah dengan kerjasama tuan dan puan semua.

Aktiviti-aktiviti yang di cadangkan adalah tertakluk kepada perubahan tarikh dan kesesuaian dan akan di tambah andai ada program khusus yang bakal di anjurkan. Cadangan aktiviti adalah seperti berikut:

Kalendar Takwim Aktiviti Kemasyarakat Tahun 2017 PPTDP3

1.      Aktiviti Keselamatan Rondaan Malam Seminggu Sekali. Setiap Malam Minggu Bermula Jam 11.00 mlm hingga Jam 2.00 Pagi. Lokasi Kabin Padang PPTDP3.
2.      Program Dwi-Mingguan Senamrobik dan Riadah. Bermula 8.00 Pagi  ( Aktiviti Senamrobik dan Sukan Ping-Pong/Bola Tampar )
3.      Ahad, 7 Mei 2017– Gotong-royong & Kempen Pencegahan Denggi
4.      Rabu, 10 mei 2017– Solat Berjemaah & Tazkirah Ambang Ramadhan 2017
5.      Sabtu,17 Jun 2017– Program Nuzul Quran & Berbuka Puasa
6.      Sabtu, 15 Julai 2017– Program Malam Mesra Aidilfitri 2017
7.      Sabtu, 19 Ogos 2017– Program Solat Hajat & Ceramah Ibu-Bapa Cemerlang.
8.      Bulanan – Program Pengajian Agama untuk Kaum Ibu
9.      September 2017 – Ceramah Kesihatan untuk Kaum Ibu.
10.    Oktober2017 – Pertandingan Bowling11.   November 2017 – Program Keselamatan Jalan Raya JKJR
12.   Disember 2017 – Karnival Sukan
             
Pihak AJK persatuan berharap ahli dan semua penduduk taman agar dapat MELUANGKAN masa untuk TURUT SERTA dan memeriahkan aktiviti yang bakal di anjurkan.

Jika ada sebarang cadangan dan teguran sila kemukakan ke email pptdp3@gmail.com atau berhubung dengan pihak AJK persatuan.

Makluman juga kutipan yuran untuk tahun 2017 masih sama iaitu hanya RM5 sebulan untuk setiap keluarga dan untuk khairat adalah RM20 setahun. Pembayaran boleh dibuat melalui AJK PPTDP3 yg berdekatan.

Harap Maklum dan Terima Kasih

Sepakat membawa berkat,
In sha Allah

PPTDP3

Sunday, April 9, 2017

Gotong Royong dan Kempen Cegah Denggi Kariah Surau Hj Kamaruddin


Gotong Royong dan Kempen Cegah Denggi Kariah Surau Hj Kamaruddin telah diadakan pada 9 April 2017.

Semoga dengan usaha ini dapat meningkatkan kesedaran dalam menjaga kebersihan persekitaran untuk kesejahteraan bersama.