Friday, October 18, 2013

KABIN KESELAMATAN


Alhamdullillah, akhirnya sampai juga Kabin Keselamatan untuk PPTDP3 hasil dari geran RM10,000 yang diperolehi dari Kerajaan Persekutuan dan ROS Malaysia.

Diharap dengan adanya kabin keselamatan ini dapat dijadikan pemangkin untuk aktiviti rondaan keselamatan dengan lebih berkesan dan selesa bagi ahli ahli persatuan. 








Bersama samalah menjaga keharmonian dan keselamatan keluarga dan jiran kita semua.

Monday, August 26, 2013

Majlis Merdeka Raya PPTDP3 2013


Semua ahli PPTDP3 dijemput ke majlis ramah mesra  Merdeka Raya  PPTDP3 2013





Friday, August 9, 2013

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

Assalammualaikum W.B.T

Sepertimana sedia maklum, kita sudah berada di akhir ramadhan dan bakal menyambut kedatangan Eid ul-fitr. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3, Meru Klang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh ahli PPTDP3 khasnya dan seluruh warga Taman Desa Permai 3 amnya. Pihak kami juga mendoakan supaya perjalanan anda semua agar selamat tiba ke destinasi masing-masing ke mana jua berada.

Semua Ahli dijemput ke Jamuan Merdeka Raya pada 30 Ogos 2013, jam 8.00 Malam.

Akhir kata marilah kita semua saling bermaafan antara satu sama lain dan memperkuatkan semangat kesetiakawanan dan persaudaraan di kalangan kita.Amin





Tuesday, August 6, 2013

KAWALAN RELA SEMPENA CUTI MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2013



Seperti tahun tahun yang sebelumnya, PPTDP3 telah menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan RELA sempena ahli ahli persatuan bercuti di musim perayaan Aidilfitri 2013 ini.

Inisiatif ini terus dilaksanakan demi untuk  kesejahteraan penduduk  taman ini dan ianya terbukti berkesan dalam menjaga keselamatan harta benda penduduk semasa ketiadaan. Semoga dengan usaha yang kecil ini dapat memberikan manfaat yang besar dari segi memupuk keharmonian sesama jiran di keseluruhan Taman Desa Permai ini.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan usaha murni yang akan diteruskan setiap tahun.

Semoga Allah merahmati dan memberikan kelimpahan rezeki bagi orang yang mempersiapkan sedekah/infaqnya hari ini





        Perkhidmatan Kawalan Rela
Tarikh               : 6-11 Ogos 2013 (6 Hari).
Masa Kawalan     : 6 Ogos 2013 -bermula pada jam 12.01 pagi hari Selasa      
                  dan akan berakhir pada 7.00 petang hari Ahad 11 Ogos 2013 Bayaran  Setiap Rumah            : RM 25.00 




Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

 

" Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak "

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Selamat Berpuasa
Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

Daripada :
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3, Meru Klang


Monday, July 1, 2013

Bowling PPTDP3 2013 - Laporan dan Keputusan Rasmi

30 Jun 2013 telah berlangsungnya pertandingan Bowling PPTDP3 2013 di arena Shalin Bowling, SpaceU8, Bukit Jelutong. Acara berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran penuh peserta seperti yang dirancangkan sebelum ini. Berikut adalah fakta fakta berkenaan pertandingan kali ini.

1. Seramai 48 Peserta telah menyertai pertandingan kali ini walaupun target penyertaan adalah 40 peserta sahaja. Peserta kategori lelaki adalah seramai 32 orang dan kategori wanita adalah 16 orang.
2. Sebanyak 12 lane disediakan dengan setiap kumpulan melibatkan undian rahsia seramai 4 orang dan setiap seorang akan bermain sebanyak 2 Frames.

Berikut adalah senarai rasmi keputusan pertanding Bowling PPTDP3 2013 :

Kategori : Individu - Jatuhan Terbanyak Pin (2 Frame)
Johan : AHMAD MUNSIF (1/9D) - 275 Pin
Naib Johan : SHAMSURI (35/9D) - 273 Pin
Ketiga : MOHD MAZUWAN (39/9C) - 262 Pin

Kategori : Berkumpulan Lelaki - Jatuhan Terbanyak Pin (2 Frame)
Johan : SHAMSURI (35/9D), MOHD MAZUWAN (39/9C), 
           MOHD. NOR (32/9C) , ABD RAHMAN (10/9C) - 1031 Pin
Naib Johan :  AIDIL (3/9D), AHMAD MUNSIF (1/9D), 
                    MARHABAN (5/9D), AHMAD MUBASSYIR (81/9B) - 849 Pin

Kategori : Berkumpulan Wanita- Jatuhan Terbanyak Pin (2 Frame)
Johan : NOOR ALYA ZULAIKHA (11/9C), NORMAWATI (3/9D), 
           NUR AININ (16/9B) , AZLINAH (45/9B) - 721 Pin
Naib Johan :  NOR HAZIANITA(3/9C), MILFARINA (1/9D), 
                    MUNALITA(8/9C), ROSLIDA (75/9B) - 656Pin


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak menang, tahun depan akan ada lagi... cuba lagi dengan berlatih lebih banyak untuk memantopkan skill yang masih belum panas. Sampai berjumpa lagi di pertandingan akan datang... Selamat beriadah sambil mengeratkan ukhwah.

Baju pertandingan bowling PPTDP3 kali ini.

Undian ahli kumpulan sedang dijalankan



Antara hadiah yang disediakan untuk peserta. Menang atau kalah, semua dapat hadiah.

 Orang nak baling... tapi ada orang kacau....















Juara kategori individu kali ini... Tahniah diucapkan. Tahun depan berlatih lebih lagi.

Friday, June 14, 2013

Aktiviti Bulan Syaaban 1434 - Bacaan Yassin dan Kenduri

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena Bulan Syaaban 1434 sebagai persiapan menuju ke Bulan Ramadhan yang akan menjelma dalam beberapa hari sahaja lagi.

Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti kenduri tahlil dan bacaan yassin yang dianjurkan oleh ahli ahli persatuan setiap minggu. Diucapkan terima kasih atas jemputan yang diberikan, semoga dengan usaha ini dapat memupuk semangat keharmonian antara jiran dan dipermudahkan urusan olehNya. In Sya Allah.

15 Jun 2013, 8.00 Malam  -  Bacaaan Yassin dan Tahlil rumah En. NAWAWI BIN NORDIN (4/9C)
22 Jun 2013, 8.30 Malam  -  Bacaaan Yassin dan Tahlil rumah En. MEGAT KHAIRI AZMAN (7/9C)29 Jun 2013, 11.00 Pagi    -  Kenduri Aqiqah dan Kesyukuran rumah En. ABDUL HADDY(48/9C)
29 Jun 2013, 8.00 Malam  - Bacaaan Yassin dan Tahlil rumah En. SAIFUL ANUAR(45/9B)
6 Julai 2013, 8.00 Malam  -  Bacaaan Yassin dan Tahlil rumah En. KAMARUDDIN / Puan Intan (2/9C)





Marilah kita bersama sama memeriahkan bulan Syaaban dengan ibadah sebagai persediaan ke arah Ramadhan yang unggul.



Tuesday, June 4, 2013

BOWLING TERTUTUP PPTDP3 2013



SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PPTDP3 2013

1.0          PENGANJUR
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3

2.0          TARIKH PERTANDINGAN
30 Jun 2013 (Ahad)

3.0          TEMPAT PERTANDINGAN :
SPACE U8, BUKIT JELUTONG

4.0          TARIKH TUTUP PENYERTAAN

4.1              Pada 24 Jun 2013 (Isnin). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada AJK PPTDP3.

5.0       SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN


5.1        Pertandingan akan dijalankan sebanyak 2 GAME. Pemenang di tentukan melalui mata terkumpul tertinggi.

5.2              Pertandingan ini akan dijalankan secara berpasukan 4 orang.  

5.3              Sebarang bantahan hendaklah dibuat selepas tamat pertandingan dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 secara bertulis.

5.4              Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.


6.0       YURAN PENYERTAAN

            6.1       Yuran penyertaan adalah RM 15 bagi setiap penyertaan.

6.2              Yuran yang dikenakan termasuk kemudahan kasut.
                             
7.0       TANGGUNGJAWAB PEMAIN

7.1       Pemain-pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.

7.2       Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan  atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.
   
8.0       HADIAH

8.1       Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan Ketiga mengikut             kategori.
                                               
8.1.2        Berpasukan   Terbanyak Jatuhan Pin
8.1.3        Individu Terbanyak Jatuhan Pin.  

9.0        HAL-HAL LAIN

9.1          Sekiranya timbul percanggahan diantara undang-undang pertandingan, maka keputusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
9,2         Sebarang keputusan adalah muktamad.

Wednesday, May 29, 2013

Penyerahan Barang Keselamatan PPTDP3

Pada 28 Mei 2013 telah diadakan Penyerahan Barang Keselamatan PPTDP3 kepada semua ketua blok untuk kegunaan keselamatan penduduk dan semasa rondaaan malam bagi kawasan Taman Desa Permai 3. Kos pembelian barang barang adalah hasil dari geran daripada ROS yang telah diperuntukan kepada persatuan persatuan penduduk  di negeri selangor ini. Semoga dengan adanya kelengkapan ini dapat menjadikan aktivti rondaan malam di kawasan taman ini lebih mantap dan berkesan.

10 walkie talkie

9 Pemadan api

9 Light baton untuk rondaan malam


Wakil wakil setiap blok.

Thursday, May 16, 2013

Takziah Kepada Keluarga En MEGAT KHAIRI AZMAN dan Puan MURNI

Pihak PPTDP3 mengucapkan takziah kepada keluarga En MEGAT KHAIRI AZMAN dan Puan MURNI atas permergian arwah Ibu Puan Murni ke rahmahtullah pada 15 Mei 2013.


Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”(Ali-’Imran: 185)

Sumbangan Tabung Khairat Kematian PPTDP3 telah diserahkan kepada keluarga En Megat, bagi membantu dalam pengurusan jenazah dan majlis doa tahlil.


Tuesday, May 7, 2013

Aktiviti Khas - Pengumuman Keputusan Pilihanraya Ke-13

Sempena Pilihanraya Ke-13 pada 5 Mei 2013, telah diadakan sesi berkumpulan dalam mendapatkan keputusan pilihan raya kali ini, bertempat di rumah Cikgu Abdul Basir bermula jam 9 Malam. Walaupun terdapat perbezaan pendapat politik dikalangan Penduduk, tetapi demi ukhwah sesama islam dapat duduk semeja dan bertukar tukar pendapat dalam berpolitik dalam keadaan matang. Semoga ukhwah ini dapat dikekalkan dan diteruskan dalam PRU ke-14 nanti.

Berikut adalah keputusan penuh bagi kawasan DUN MERU N42. Tahniah diucapkan kepada calon yang memang. Berjumpa lagi di PRU ke-14


Monday, April 8, 2013

Gotong Royong 2013 - 7 April 2013


Satu aktiviti gotong royong telah diadakan bagi membersihkan kawasan perumahan TDP3 amnya dan khususnya membersihkan kawasan longkang longkang yang tersumbat di rumah masing masing.

Terima kasih atas usaha dan kerjasama yang diberikan. Semoga ukhwah silaturrahim anda kita dapat terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama













Sunday, April 7, 2013

Majlis Silaturrahim BQQ Perdana TDP3 2013

Pada malam 6 April 2013 telah diadakan Majlis Silaturrahim BQQ Perdana TDP3 2013 iaitu salah satu acara tahunan bagi PPTDP3 yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli ahli dan penduduk di TDP3 untuk beramah mesra dan bertanya khabar  dalam keadaan santai dan relek relek sahaja...

Semoga dengan adanya aktiviti sedemikian dapat kita bersama sama memeriahkan taman kita yang permai ini.



Air limau asam boi yang terbaeekekk laaa.... 










Wednesday, April 3, 2013

Mesyuarat AJK untuk Majis BBQ dan Gotong Royong

Pada 2 April 2013 telah diadakan mesyuarat Mesyuarat AJK untuk Majis BBQ dan Gotong Royong.

Semoga dengan kehadiran dan buah fikiran AJK yang ada dapat merealisasikan majlis ini demi untuk mengeratkan ukhwah dan juga sama sama menjaga kebersihan dan kesejahteraan penduduk ditaman ini.
In Sya Allah.



Monday, March 25, 2013

SignBoard TDP3

Atas usul yang diberikan pada mesyuarat agung PPTDP3 2012 dimana semua ahli bersetuju untuk mengadakan tanda nama @ sign board khas bagi memudahkan pelawat sanak saudara untuk mencari taman desa permai ini, bermula pada 24 MAC 2013 dengan usaha ramai pihak yang terlibat... maka 2 set sign board telah berjaya dinaikkan bagi kemudahan semua penduduk TDP3.

Diharap dengan adanya sign board ini dapat kita memudahkan urusan kita seharian.


Saturday, March 16, 2013

Geran Bagi Persatuan Penduduk Berdaftar

Setelah lebih kurang 3 tahun berdaftar dengan ROS atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia , PPTDP3 telah berjaya mendapatkan geran RM10,000 yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia pada budget 2013 untuk Persatuan Penduduk yang berdaftar untuk menjalankan aktiviti aktiviti berkaitan kemasyarakatan.

Semoga dengan adanya geran ini PPTDP3 akan dapat merealisasikan satu pusat komuniti yang khas untuk menjalankan   aktiviti  bagi semua penduduk Taman Desa Permai 3 keseluruhannya.





=======================================================================

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG, SELANGOR
NO 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10,
TAMAN DESA PERMAI 3, MERU 41050
KLANG

15/03/2013

Tuan/Puan,

Perkara: Notis Pembayaran

Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun tuan/puan telah pun dihantar ke bank untuk diproses.

2. Maklumat-maklumat bayaran adalah seperti berikut:

Nama Penerima      : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG, SELANGOR
Jabatan Pembayar   : 264 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN
PTJ Pembayar       : 130100 JAB PENDAFTARAN PERTUBUHAN MSIA SELANGOR
No. Baucar Bayaran : B0074
Amaun Bayaran      : 10000.00
Perihal Bayaran    : BAYARAN BAGI GERAN PERSATUAN PENDUDUK (PFI II)
No. Rujukan Invois : SEL2230/11
Tarikh Invois      : 13/03/2013
No. EFT            : 10585580116354
Nama Bank          : RHB ISLAMIC BANK
No. Akaun Bank     : 26229600009469
Tarikh Bank Proses : 15/03/2013


Sekian, terima kasih

Pengarah Cawangan / Ketua Akauntan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Selangor


Ini adalah cetakan komputer. Tiada tandatangan dan maklum balas diperlukan.

Friday, March 15, 2013

JADUAL RONDAAN MALAM TDP3 2013

Sebagai salah satu langkah langkah keselamatan penduduk di Taman Desa Permai 3 ini, rondaan malam akan diadakan mengikut tarikh tarikh berikut.
Bersama sama lah kita menjaga keamanan dan keselamatan keluarga dan jiran jiran di sekeliling kita.


Sunday, March 3, 2013

AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 SESSI 2013/2014

AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 2013/2014

Yang Dipertua : En. Abdul Basir B Anuar
Timbalan Yang Dipertua : En. Haire B Kahfi

Setiausaha : En. Hilmee B Hussin
Naib Setiausaha : En. Hazizi B Hussein
Bendahari : En. Norazmi B. Muhammad Sani
Naib Bendahari : En. Saiful Anuar B. Mohamad Dam
Ahli Jawatankuasa :
-------------------
En. M.Kamal B Hamzah
En. Zulkifli B Mohd Sa’aid
En. Al Malik Faizal B Samali
En. Mohamad Tolha B. Subhi
En. Abdul Haddy B Mohamed
En. Ahmad Syukri B. Mohd Kassim
En. Norizam B Dollah
En. Marhaban B. Paniran
En. Azriman B Mahadi

Audit Dalam 1 : En. Ahmad Aminuddin B. Sarun
Audit Dalam 2 : En. Ahmad Halim B Hussin

Pembantu Ahli Jawatankuasa :
----------------------------
En Azuan B Mohamed
En. Zainal Abidin Shah B Baharudin
En. Mohd Najib B Masad
En. Asmawi B Abdul Rahman
En. Muhd Harizi B Mohamed Ali
En.Abd Rahman B Nordin
En. Noor Azwan B Mohd Dahlan
En. Ahmad Munsif B Muhamad Yusof
En. Halid B. Salim 

Sunday, February 17, 2013

AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 2013/2014


BERIKUT ADALAH SENARAI AHLI JAWATANKUASA PPTDP3 2013/2014.

TAHNIAH DIUCAPKAN DAN SEMOGA SILATURRAHIM DAPAT LEBIH DIERATKAN DENGAN USAHA TUAN TUAN SEMUA.


Yang Dipertua : En. Abdul Basir B Anuar  
Timbalan Yang Dipertua : En. Haire B Kahfi 
Setiausaha : En. Hilmee B Hussin  
Naib Setiausaha : En. Hazizi B Hussein 
Bendahari : En. Norazmi B. Muhammad Sani 
Naib Bendahari : En. Saiful Anuar B. Mohamad Dam    
   
Ahli Jawatankuasa : 
-------------------
En. M.Kamal B Hamzah 
En. Zulkifli B Mohd Sa’aid 
En. Al Malik Faizal B Samali 
En. Mohamad Tolha B. Subhi 
En. Abdul Haddy B Mohamed 
En. Ahmad Syukri B. Mohd Kassim 
En. Norizam B Dollah 
En. Marhaban B. Paniran 
En. Azriman B Mahadi 

Audit Dalam 1 : En. Ahmad Aminuddin B. Sarun 
Audit Dalam 2 : En.  Ahmad Halim  B Hussin 

Pembantu Ahli Jawatankuasa :
----------------------------
En Azuan B Mohamed 
En. Zainal Abidin Shah B Baharudin  
En. Mohd Najib B Masad  
En. Asmawi B Abdul Rahman  
En. Muhd Harizi B Mohamed Ali  
En.Abd Rahman B Nordin  
En. Noor Azwan B Mohd Dahlan  
En. Ahmad Munsif B Muhamad Yusof 
En. Halid B. Salim