Saturday, January 26, 2013

SignBoard Yang Pertama Di Taman Desa Permai 3


SignBoard Yang Pertama Di Taman Desa Permai 3 Sempena Maulidul Rasul 2013 

Thursday, January 24, 2013

PROGRAM BICARA WANITA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434H


Satu program PROGRAM BICARA WANITA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434H  telah diadakan sempena Keberkatan Maulidur Rasul ini.

Menelusuri sirah nabi Muhammand SAW sepanjang hidupnya, membuatkan kita berbangga kerana diutus nabi akhir zaman seperti baginda. Perjuangan yang nabi lalui tidak pernah mudah jalannya, pelbagai onak duri terpaksa diredahi, demi menegakkan kalimah Allah Maha Pencipta. Tanggal 12 RabiulAwal, Tahun Gajah dilahirkan dengan sambutan yang luar biasa meriahnya, baik di bumi mahu pun di langit, semuanya meraikan kelahiran nabi Muhammad pembimbing umat ini.

“Tidaklah Muhammad itu bapa bagi seseorang dari kalangan kamu akan tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup para rasul”. (Surah al-Ahzab: ayat 40)


Tanggal 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H. Syukur pada Ilahi, kita diberi kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul. Meskipun sambutan tidak disambut pada zaman nabi dan para sahabat, tetapi bermulanya sambutan ini ketika zaman tabiin. Sambutan ini diadakan dengan pelbagai tujuan, antaranya adalah untuk mengimbau kembali sirah perjalananan Rasulullah SAW. 
















“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu teladan yang baik; Bagi barangsiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Kemudian dan yang banyak ingat kepada Allah.” (Surah al-Ahzab: ayat 21) 

Insya-Allah, dengan segala qudwah yang baik, pencorak akhlak yang terbaik dan mampu memukau mata serta hati kita semua dan membuatkan hati kita ingin mencontohi baginda demi kesatuan ummah. Moga-moga setiap tindakan kita untuk memuliakan baginda ini mampu menjadi bukti, agar kita menjadi salah seorang yang akan diberi syafaatnya oleh baginda di padang mahsyar nanti.

Monday, January 14, 2013

GP Joran TDP3 2013

GP JORAN TERTUTUP TAMAN DESA PERMAI 3 2013 telah selesai diadakan pada hari ini.

Pelbagai aksi dan skill telah dipamerkan oleh peserta yang terdiri dari kalangan penduduk TAMAN DESA PERMAI 3 sendiri.

Walaupun hujan renyai renyai telah melanda pada pagi berkenaan, tetapi acara tetap diteruskan. Sebanyak 101 batang joran telah didaftarkan untuk kali ini yang melibatkan seramai 85 penyertaan peserta. Pertandingan telah bermula pada jam 9.30 Pagi dan Berakhir pada jam 12.30 Tengahari.


Berikut adalah fakta berkenaan pertanding GP Joran kali ini. 
  1. Seramai 85 Peserta mendaftar untuk pertandingan ini.
  2. Sebanyak 101 batang joran didaftarkan.
  3. 37 Kilogram Ikan Keli telah dimasukkan ke dalam terusan air 3 hari sebelum hari pertandingan.
  4. Sebanyak 50 ekor ikan telah dinaikkan pada 30 minit yang pertama.
  5. Ikan yang pertama dinaikkan adalah pada jam 9.31 pagi, Ikan Keli dengan berat 282 gram oleh En. AZMAN BIN DAHALAN
  6. Ikan yang terakhir dinaikkan adalah pada jam 12.12 tengahari, Ikan Sepat dengan berat 16 gram oleh En. MUHAMMAD ALIF SYAZWAN

Berikut adalah pemenang bagi GP Joran TDP3 kali ini :
Kategori Ikan Terberat  
Tempat Pertama : ASMAWI BIN ABDUL RAHMAN - KELI ( 910 gram )
Tempat Kedua : HELMI BIN ABDUL HAMID - KELI ( 826 gram )
Tempat Ketiga : MOHD KURAIDI BIN KAMIS - KELI ( 476 gram )

Kategori Ikan Terpelik 
Tempat Pertama : SHAHRUL IZWAN BIN NAWAWI - HARUAN ( 48 gram )
Tempat Kedua : NUR AISYAH ASMAWI - HARUAN ( 46 gram )
Tempat Ketiga : MUHAMMAD ALIF SYAZWAN - SEPAT ( 16 gram )

Kategori Ikan Terbanyak Paling Awal 
Tempat Pertama : NORIZAM BIN DOLLAH - 6 Ekor ( Terawal Jam 9.37 Pagi  )
Tempat Kedua : MOHD SHAHRILL BIN SABU - 6 Ekor ( Terawal Jam 9.52 Pagi  )
Tempat Ketiga : MUHAMMAD ALIF SYAZWAN - 4 Ekor ( Terawal Jam 9.47 Pagi  )


Tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan kali ini. Semoga berjaya untuk GP Joran yang seterusnya.

Tahniah juga kepada 35 peserta bertuah yang menjadi pemenang untuk cabutan bertuah semasa pertanding dijalankan.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan acara yang julung kali diadakan ini. Semoga dengan adanya acara ini dapat kita lebih mengeratkan silaturrahim diantara jiran satu taman yang permai ini disamping kita beriadah bersama keluarga dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.


Antara aksi aksi pada hari pertandingan :


 Pemenang Tempat Pertama Kategori Ikan Terberat dengan Hadiah Sebuah Tablet Android

 Pemenang Tempat Pertama Kategori Ikan Pelik - Sebuah Basikal Baru



Tempat pertama kategori ikan terbanyak -  Kipas Baru





























Gambar adalah dari FB @Abd Rahman Aman. Terima kasih

Sampai berjumpa di GP Joran TDP3 yang kedua. Selamat Memancing!




Sunday, January 6, 2013

GP JORAN TDP3 2013





Acara pelepasan Ikan Keli Sempena Pertandingan...




Tuesday, January 1, 2013

Majlis Doa Selamat dan Tahlil TDP3

Satu Majlis  Doa Selamat dan Tahlil TDP3 telah diadakan pada malam Ambang Tahun Baru bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk dia tahun 2013 semoga dipermudahkan urusan dirahmati rezeki olehNya.

Majlis telah diadakan di jalan 9C/KU10 di blok Sri Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah membantu untuk menjayakan majlis ini.