Wednesday, November 2, 2011

Borang Keahlian Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru



Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.





TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT 


1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.



Sila Download Dokumen Berikut :
1. Untuk Maklumat Terperinci Syarat dan Sumbangan : Khairat Maklumat Terperinci


2. Untuk Borang Keahlian : Borang Keahlian Khairat

Borang yang telah diisi perlu dihantar ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK PPTDP3  yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR

Borang Keahlian Persatuan PPTDP3







Bagi menjadi ahli kepada Pertubuhan ini, maka kelayakan serta syarat keahlian adalah seperti berikut:-

a. Hendaklah warganegara Malaysia;
b. berumur lapan belas(18) tahun ke atas ;
c. terbuka kepada semua jantina;
d. terbuka kepada semua pegangan agama/kepercayaan
e. terbuka kepada semua kaum ;
f. tiada had ke atas pertalian kekeluargaan ;
g. bermastautin / menetap di Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor Sahaja;
h. tiada had bilangan ahli;
i. bermastautin / menetap di kawasan baru yang ditetapkan sebagai kawasan Taman Desa Permai 3, Meru, Klang, Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
j. Setiap ketua/wakil keluarga hanya perlu mendaftar satu keahlian yang mewakili isi rumah dan secara automatik ahli rumah tersebut yang berusia 18 tahun keatas layak menjadi ahli bersekutu. Ahli bersekutu layak untuk hadir dalam mesyuarat agung dan layak dilantik sebagai ahli jawatankuasa
k. Ahli bersekutu adalah pasangan ahli, anak kandung/anak tiri yang sah mengikut undang-undang dan dikecualikan membayar yuran tetapi berhak menerima kemudahan yang disediakan oleh persatuan.


Download Borang Keahlian Disini 


Dan hantarkan borang anda ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR


Perlembagaan Lengkap Persatuan Akan Diberikan Selepas Anda Mendaftar Sebagai Ahli.





Tuesday, November 1, 2011

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA PPTDP3







PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 (PPTDP3)
(REG.NO. 3275-11-SEL)
NO. 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10, 
TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG 53100 SELANGOR

EMEL : pptdp3@gmail.com         LAMAN WEB : http://www.pptdp3.blogspot.com


NO TEL : 019-3685864/012-6261620



MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG PERTAMA
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 , MERU, KLANG, SELANGOR
(REG.NO.3275-11-SEL)
    

                            Tarikh                                 : 30 Oktober 2011
                            Masa                                   : 9.15 Pagi
                            Tempat                               : Kawasan Taman Permainan Taman Desa Permai 3
                                                                         41050 Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan
                            Jumlah Ahli Yang Hadir      : 36 Orang Ahli
                                  

1.     Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Tuan Pengerusi Penaja En. Abdul Basir B. Mohd Anuar mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli ke Mesyuarat Agung Kali Pertama.


2.     Pengesahan Minit Yang Lalu
Tiada minit mesyuarat yang lalu kerana ini merupakan Mesyuarat Agung Kali Pertama sejak penubuhan Persatuan.


3.     Pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru

Mesyuarat telah bersetuju membuat pemilihan AJK seperti berikut:
         
Yang DiPertua                 : En. Abdul Basir B. Anuar
Tim. Yang DiPertua         : En. Halid B. Salim
Setiausaha                      : En. Hilmee B. Hussin
Naib Setiausaha              : En. Mohammed Haire B. Kahfi
Bendahari                        : En. Norazmi B. Muhammad Sani
Naib Bendahari                : En. Ahmad Munsif B. Muhamad Yusof
AJK biasa           :          
1.     En. Saiful Anuar B. Mohamad Dam
2.     En. Abdul Hady B. Yaakub
3.     En. Muhamad Saman B. Sabri
4.     En. Mohamad Tolha B. Subhi
5.     En. Helmi B. Abdul Hamid
6.     En. Ahmad Syukri B. Mohd Kassim
7.     En. Noor Azwan B. Mohd Dahlan
8.     En. Marhaban B. Paniran
                                   




Pemeriksa Kira-Kira:
1.     En. Ahmad Aminuddin B. Sarun
2.     En. Abdul Rahman B. Alias


4.     Perbincangan usul-usul
Tiada sebarang usul.

5.     Pindaan undang-undang ( Jika berkaitan)
Tiada sebarang pindaan undang-undang.


6.     Perkara-perkara berbangkit
Tiada sebarang perkara berbangkit perlu dibahaskan.


7.     Penangguhan
Mesyuarat  Agung ditangguhkan pada jam 11.15 Pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat.