Thursday, August 18, 2011

KUTIPAN BAYARAN KHIDMAT KAWALAN PIHAK RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI


           PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI 3 (PPTDP3)
          (REG.NO. 3275-11-SEL)
          NO. 8, JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10,
          TAMAN DESA PERMAI 3, MERU, KLANG 53100 SELANGOR
         EMEL : pptdp3@gmail.com         LAMAN WEB : http://www.pptdp3.blogspot.com
         NO TEL : 016-2641615/012-6261620






Assalamualaikum,

Tuan,Puan

KUTIPAN BAYARAN KHIDMAT KAWALAN PIHAK RELA SEMPENA CUTI AIDILFITRI

Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan adalah dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa PPTDP3 telah bersetuju untuk menyediakan khidmat kawalan pihak RELA sempena cuti AidilFitri 2011.

Bagi makluman tuan/puan pihak RELA akan bermula berkawal pada jam 12.01 pagi hari Ahad 28 Ogos 2011 dan akan berakhir pada 7.00 pagi hari Ahad 4 September 2011  ( tempoh satu minggu).

Oleh demikian, pihak Jawatankuasa PPTDP3 mengenakan bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap rumah bagi bayaran elaun pihak Rela dan bayaran ini perlu diserahkan kepada ketua blok masing-masing selewat-lewatnya 25 Ogos 2011.

Semoga khidmat kawalan keselamatan pihak RELA akan dapat menjamin keselamatan kita bersama sepanjang tempoh berkenaan.

Sekian,

Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3